17.2.12

Kem Kepimpinan Mahasiswa

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatu!

Alhamdulillah, pada 15, 16 & 17 disember 2011 yang lalu, Kelab Minda Islam telah berjaya melaksanakan satu program bertajuk Kem Kepimpinan Mahasiswa.

Program yang bertempat di Kem Telaga Batin, Seberang Takir, Kuala Terengganu ini dijalankan bagi mencapai beberapa objektif iaitu :

1. melatih sifat kepimpinan Ahli Jawatankuasa Tertinggi KMI.
2. mendedahkan perjalanan, tugas2 dan gerak kerja di dalam KMI.
3. merapatkan ukhuwah sesama Ahli Jawatankuasa KMI dan juga pimpinan yang lalu selaku fasilitator yang juga dikenali sebagai Alumni KMI.

so, boleh layan gambar! =]

Sesi ceramah oleh Zakaria.

Sesi riadah di pagi hari.

Abg. Jijol selaku salah seorang daripada fasilitator.

Sedikit pengisian semasa riadah.

Sesi ceramah yang kedua di bilik seminar yang selesa, kondusif =)


Para peserta bertungkus lumus menyiapkan menara KMI yang diperbuat daripada lidi.




Slot muhasabah. Bermaaf maafan.

Para fasilitator. Riadah hari ketiga.

???

Peserta muslimin memanaskan badan sebelum beriadah.



Abg Muhaimi, Mantan Yang Di-Pertua KMI. =)

Peserta diberi peluang untuk menikmati pemandangan dan merasai ombak pantai Teluk Ketapang.

Sesi Penutup. Penyerahan Hadiah untuk Kumpulan Astonia.
Kumpulan Aladdin pulak.

Sesi bergambar sebelum bertolak pulang. Para fasilitator yang mantoop!!! (tiada dalam gambar, Kak Izzah)

Peserta + Fasilitator Muslimin

Peserta + Fasilitator Muslimat

Kumpulan Astonia

Kumpulan Aladdin

InsyaAllah, semoga program-program sebegini dapat dijalankan di masa hadapan & pimpinan KMI yang baru dapat menjalankan tugas sebaik mungkin dalam menegakkkan syiar Islam di bumi UiTM yang tercinta ini. =] ameen.....

Akhir kalam, terimalah perkongsian hadis Rasulullah,

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:

"Setiap kamu adalah pemimpin dan setiap kamu akan ditanya mengenai kepimpinannya. Imam (Ketua Negara) adalah pemimpin dan akan ditanya mengenai kepimpinannya, Suami (bapa) adalah pemimpin dan akan ditanya mengenai kepimpinannya, Wanita pemimpin di rumah suaminya dan akan ditanya mengenai kepimpinannya, Orang Gaji adalah pemimpin kepada harta benda yang diamanahkan kepadanya dan dia akan ditanya mengenai kepimpinannya. Tiap-tiap kamu adalah pemimpin dan kamu akan ditanya mengenai kepimpinan kamu".

(Hadis Riwayat al-Bukhari, Muslim,
Abu Daud, al-Tirmizi dan Ahmad)