2.8.11

Tayangan Amal "Children of Heaven"


Assalamualaikum sahabat-sahabat UiTM Kuala Terengganu.
Kelab Minda Islam akan mengadakan 1 tayangan amal. Tajuk cerita tersebut ialah,
"The Children of Heaven"

Tiket dijual dengan harga RM1 sahaja. Merit disediakan. Tayangan akan diadakan di dalam Dewan Utama UiTM Kuala Terenngganu, pada jam 10 malam iaitu selepas usai solat tarawih pada hari Rabu bersamaan 03 ogos 2011.


TRAILER for CHILDREN of HEAVEN

Selamat menonton!

27.7.11

Marhaban ya Ramadhan

Dengan nama ALLAH yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani

Assalamualaikum buat sahabat- sahabat sekalian, sedarkah anda bahawasanya tinggal beberapa hari sahaja lagi kita akan memasuki bulan RAMADHAN? Ya, benar harinya sudah terlalu hampir, tidak sampai seminggu sahaja lagi. Sebelum itu, marilah kita sama-sama mengucapkan "ALHAMDULILLAH" tanda syukur dan berterima kasih pada ALLAH kerana kita masih diberi peluang untuk menyambut RAMADHAN yang penuh berkah ini. Begitu cepat masa berlalu. Adakah kita sudah bersedia untuk menyambut bulan RAMADHAN? Marilah kita sama-sama merebut tawaran hebat daripada ALLAH pada bulan Ramadhan ini, Insya ALLAH.




Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa.
Berpuasa di bulan Ramadhan merupakan salah satu dari lima rukun islam, ssudah semestinya berpuasa merupakan satu ibadah wajib bagi umat islam. Tujuan berpuasa pada dasarnya ialah untuk mendisiplin keinginan dan nafsu yang terpendam pada manusia supaya mereka sentiasa berada pada landasan yang betul dalam segala tindak-tanduk mereka. Selain itu juga secara tidak langsung dengan cara berpuasa boleh merehatkan perut kita dari melakukan sebarang pemprosesan makanan. Selama 11 bulan kita diberi nikmat makan sehingga kadang kala kita lupa diri jadi di bulan ramadhanlah perut kita dapat berehat sebentar. Makan yang terlalu banyak boleh memudaratkan kesihatan.

Sabda Rasulullah SAW:"perut yang besar itu adalah sarang penyakit dan banyak makan itu punca segala penyakit." sabda Baginda lagi:"berpuasalah kamu, tentu kamu akan sihat."

ISTIMEWA DI BULAN RAMADHAN

Al Quran di turunkan

FIRMAN ALLAH:

(Masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) bulan Ramadan yang padanya diturunkan Al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah. Oleh itu, sesiapa dari antara kamu yang menyaksikan anak bulan Ramadan (atau mengetahuinya), maka hendaklah ia berpuasa bulan itu; dan sesiapa yang sakit atau dalam musafir maka (bolehlah ia berbuka, Kemudian wajiblah ia berpuasa) sebanyak hari yang ditinggalkan itu pada hari-hari yang lain. (Dengan ketetapan yang demikian itu) Allah menghendaki kamu beroleh kemudahan, dan Ia tidak menghendaki kamu menanggung kesukaran. Dan juga supaya kamu cukupkan bilangan puasa (sebulan Ramadan), dan supaya kamu membesarkan Allah kerana mendapat petunjukNya, dan supaya kamu bersyukur.
(2:185)

Ayat ini menjelaskan bahawa Al Quran itu diturunkan kepada Rasulullah di bulan Ramadhan untuk menjadi petunjuk kepada manusia membezakan hak dan yang batil.

Malam Lailatul Qadar
Firman ALLAH:
"Sesungguhnya kami telah menurunkan (Al-Quran) pada malam al-Qadr dan apakah jalan yang menyebabkan engkau mengerti (kebesaran) lailatul qadar itu? Lailatul qadar itu lebih baik daripada seribu bulan. Pada malam itu para malaikat dan Jibril turun dengan keizinan tuhan mereka (Allah), untuk setiap urusan. Sejahteralah malam ini hingga terbit fajar".
(97:1-5)

Kebanyakan ulama' Islam menegaskan bahawa kemungkinan berlakunya lailatul qadar adalah pada salah satu daripada malam kesepuluh terakhir sama ada malam ganjil ataupun malam genap. Adalah digalakkan umat islam bertadarus pada bulan ini.
Imam Bukhari dan Muslim meriwayatkan bahawa Saidatina R.A bekata:
"sesungguhnya Jibril datang kepada Rasulullah untuk memperdengarkan bacaannya kepada Rasulullah setiap setahun sekali. dan jibril telah melaksanakan yang demikian pada tahun nabi wafat, dua kali"
Syaitan Dirantai dan diikat

Rasulullah s.a.w bersabda:
ketika datang malam pertama dari bulan ramadhan semua syaitan dibelenggu dan seluruh jin diikat.
semua pintu - pintu neraka ditutup,tidak ada satu pintu pun yang terbuka,
semua pintu syurga dibuka hingga tidak ada satu pintu yang tertutup.
lalu tiap malam datang seorg yang menyeru,
'wahai org yg mencari kebaikan,ke marilah.wahai orang yg mencari keburukan menyingkirlah.hanya Allah yg bisa menyelamatkan dr api nraka."
(H.R TIRMIDZI)


26.7.11

MALAM SIMFONI KASIH

salam ukhuwwah buat semua pengunjung blog KMI,semoga sentiasa berada dibawah lindungan & rahmat ilahi.....Beribu kemaafan kami pohonkan krn sudah sekian lama blog ini tdk diupdate dek kerana kekangan waktu....TAPI,jgn sedih!!!! hari ini, kami ada berita gembira untuk disampaikan buat semua warga UiTM Kuala Trg khususnya dan buat semua pengunjung umumnya....
memandangkan RAMADHAN bakal menjelma tidak lama lagi, kami dari komitee KELAB MINDA ISLAM telah merancang satu program yg berbentuk hiburan islami sbg alternatif kpd hiburan2 yg melalaikan, harapan kami agr semua warga UiTM kampus Kuala Terengganu terhibur.....berikut adalah butiran program....



"MALAM SIMFONI KASIH bersama UNIC"
  • TARIKH : 12 RAMADHAN 1432H / 12 OGOS 2011...
  • TEMPAT : DEWAN UTAMA, UiTM Kampus Kuala Trg...
  • HARI : JUMAAT
  • TIKET : RM 15 (berbuka puasa bersama UNIC & menonton konsert)
  • RM 10 (menonton konsert shj)
♥ bayaran tiket yg dikenakan, kami akn sumbangkn sebahagian drpnya kpd anak2 yatim Darul Falah yg akn turut hadir bersama2 pd malam tersebut....

♥ majlis buka pose TERHAD kpd 200 ORG SHJ....



dah baca kn???
berminat???
untuk buat tempahan, bolehla hubungi no. yg tertera dibwh...

siswa : HAZIQ (AC110/3)-
0199156065

siswi : SURIA (OM114/5)-0133319764

jadi, apa yg ditunggu lagi???? tempahlah sekarang....insyaALLAH program ini akn menjadi pengalaman yang indah sahabat2 semua....marilah sama2 kita hilangkan resah & gelisah dlm hati kita dgn mendengar muzik2 islami agar jiwa kita akn terdidik....

Jom! pakat pakat mari blako!

20.7.11

Malam Nisfu Sya'ban

Pengertian

Malam Nisfu Sya'ban adalah malam ke 15 dari bulan Sya'ban.

Kelebihan Malam Nisfu Sya'ban

Sayyiduna Mu’az bin Jabal1 berkata: Rasulullah bersabda:

"Allah menilik kepada seluruh makhlukNya pada malam Nisfu Sya'ban, lalu Dia mengampunkan seluruh makhlukNya melainkan orang musyrik (orang yang menyekutukan Allah) dan musyahin (orang yang suka bermusuhan)

Sayyidatuna ‘Aisyah berkata:

“Aku pernah ditinggalkan Nabi pada satu malam, lalu aku keluar untuk mencarinya. Pada waktu itu, Baginda sedang berada di Baqi’ dalam keadaan kepala mendongak ke langit, lalu Baginda bertanya: Wahai ‘Aisyah, adakah kamu takut sekiranya Allah murka kepadamu dan RasulNya? Aku menjawab: Itulah yang aku tidak mahu tetapi aku menyangka engkau pergi ke rumah isteri-isterimu yang lain. Lalu Baginda bersabda: Sesungguhnya Allah menurunkan rahmatNya ke langit dunia pada malam Nisfu Sya’ban, lalu Dia mengampuni hamba-hambaNya lebih ramai daripada bilangan bulu-bulu kambing Bani Kilab."


Imam Al-Ashbahani telah meriwayatkan di dalam At-Targhib daripada Sayyiduna Mu’az bin Jabal berkata, Rasulullah bersabda:

“Sesiapa menghidupkan malam-malam yang lima wajiblah baginya syurga; malam yang kelapan daripada Zulhijjah, (riwayat lain: malam 'Arafah, malam Raya Haji, malam Raya Puasa) dan malam Nisfu Sya’ban."

Pendapat para Ulama’
Malam Nisfu Sya’ban juga adalah di antara malam-malam yang dikabulkan doa. Imam Asy-Syafi’e berkata di dalam kitabnya Al-Umm:

"Telah sampai pada kami bahawa dikatakan: Sesungguhnya doa dikabulkan pada lima malam iaitu: pada malam Jumaat, malam Hari Raya Adha, malam Hari Raya `Aidil Fitri, malam pertama di bulan Rejab dan malam Nisfu Sya'ban."

Seorang Waliyullah, Al-Alim al-Allamah Asy-Syaikh Ahmad bin Muhammad Sa’id bin Jamaluddin al-Linqi al-Malayuwi, mantan Mufti Negeri Sembilan Darul Khusus, dalam karangannya Tuhfah al-Authon wa al-Ikhwan menulis:

“Di sisi ulama’ kita Ahlus Sunnah wal Jama’ah, kelebihan malam Nisfu Sya’ban ini adalah thabit melalui beberapa hadith yang boleh dijadikan dalil dan hujah dalam bab Fadha’il. Syaikh Muhammad bin Abd ar-Rahman al-Mubarakfuri7 rhm. dalam "Tuhfatul Ahwazi bi Syarhi Jami’ at-Tirmizi", juzuk 3 muka surat 442 menyatakan antara lain:- ..”. Hadith-hadith fadhilat malam Nisfu Sya’ban itu secara keseluruhan adalah hujah yang mematahkan pendapat yang mengatakan bahawa tidak ada satu dalil pun tentang fadhilah malam Nisfu Sya'baan."

Cara menghidupkannya

Di dalam kitab Lathoif al-Ma’arif disebutkan:

“Dan diriwayatkan daripada Nauf al-Bakkali, sesungguhnya Ali telah keluar pada malam Nisfu Sya’aban. Maka banyak kali keluar pada malam itu, dia (Ali) akan memandang ke arah langit. Lalu dia berkata bahawasanya Nabi Daud telah keluar pada suatu malam seperti pada ketika ini lalu Baginda melihat ke langit. Dia pun berkata: Sesungguhnya pada ketika ini, tidaklah seorang itu berdoa kepada Allah, melainkan akan diberi keampunan kepadanya….”

Di kalangan Tabi’in dari negara Syam seperti Khalid bin Ma’dan, Makhul, Luqman bin Amir dan lain-lain, mereka membesar-besarkan malam ini dan bersungguh-sungguh melakukan ibadah di dalamnya. Daripada merekalah, orang ramai selepas itu mengikut mereka kerana ada kelebihan dan kebesaran malam ini….Antara yang setuju dengan mereka dalam membesarkan malam ini ialah sekumpulan ahli ibadah di Bashrah.
Walau bagaimanapun, sebahagian besar ulama’ Hijaz mengingkarinya termasuklah Atha’ dan Ibn Abi Malikah. Abd ar-Rahman bin Zaid bin Aslam telah menukilkannya dari fuqaha’ Madinah. Itulah juga pendapat Ashab Imam Malik dan lain-lain dan mereka mengatakan: Itu semuanya bid’ah.”

Ulama’ Syam khilaf dalam cara menghidupkannya atas dua cara:

1) Sunat menghidupkannya secara berjemaah (beramai-ramai) di masjid. Adalah Khalid bin Ma’dan, Luqman bin Amir dan selain keduanya, mereka memakai secantik-cantik pakaian pada malam itu, berwangi-wangian, bercelak mata dan membesarkan malam ini di masjid. Ishaq bin Rahuyah24 juga bersetuju dengan cara mereka dan dia mengatakan: Membangunkan malam ini di masjid secara berjemaah, itu bukanlah bid’ah (dhalalah). Ia dinukilkan oleh Harb al-Kirmani di dalam Masa’ilnya.

2) Makruh berkumpul di masjid untuk solat, bercerita kisah-kisah dan berdoa. Tidak makruh jika seseorang solat khas untuk dirinya sahaja. Inilah pendapat Al-Auza’i, Imam penduduk Syam, yang paling faqih dan paling alim. Ini adalah pendapat yang paling dekat kepada benar, insyaAllah…”26

Solat
Mengenai mengkhususkan solat sunat pada malam Nisfu Sya’ban, ulama’ khilaf tentangnya. Hujjah al-Islam, Imam Al-Ghazzali27 adalah antara ulama’ yang menthabitkannya28.
Walau bagaimanapun, mengerjakan solat sunat muthlaq atau solat sunat Awwabin, boleh dilakukan pada mana-mana malam sekalipun.
Berkenaan dengan qiamullail pada malam ini dengan mengerjakan solat-solat sunat terutamanya solat Sunat Tasbih, adalah sangat digalakkan oleh Syara’.

Membaca Surah Yaasin
Bagi masyarakat Melayu, apa yang menjadi kebiasaan ialah pada malam itu akan dibaca Surah Yasin 3 kali dengan niat pada bacaan yang pertama, minta dipanjang umur dalam kebaikan, yang kedua dengan niat menolakkan bala’ dan yang ketiga dengan niat agar sentiasa merasa cukup dan tidak meminta-minta dari manusia. Ia juga disebut di dalam kitab-kitab karangan ulama’ mu’tabar. Ia adalah amalan yang baik sekali. Tidak ada satu dalil pun yang mengharamkannya. Malah, terlalu banyak hadith yang menerangkan pahala membaca Al-Qur’an dan Surah Yasin adalah termasuk dari surah-surah di dalam Al-Qur’an. Membaca Yasin sebelum berdoa juga adalah termasuk dalam bab bertawassul dengan amal soleh sebelum berdoa, dan tawassul dengan amal soleh ini, tidak ada seorang pun yang membantahnya.
Niat sebelum membaca Surah Yasin bertujuan supaya lebih tawajjuh (benar-benar menumpukan hati) kepada hajat ketika membacanya. Tidak ada dalil yang mengharamkannya.

Doa
Memperbanyakkan doa kepada Allah adalah suatu suruhan kerana ia memberi pengertian perlu dan berhajatnya hamba kepada Penciptanya dalam semua hal. Doa adalah tanda tadharru’ (merendah diri) seorang hamba kepada Allah. Allah sangat menyukai sifat kehambaan dari hambaNya.

Tanbih
Bagi orang yang selalu membantah amalan pada malam Nisfu Sya’ban ini, mereka selalu berdalilkan pendapat Syaikh Ibn Taimiyyah. Jika diteliti, Syaikh Ibn Taimiyyah sendiri membolehkan pengkhususan amalan pada malam Nisfu Sya’ban ini malah memujinya.

Lihatlah di dalam tulisan-tulisan beliau umpamanya dalam Majmu’ Fatawa beliau menulis maksudnya: "Berkenaan malam Nisfu Sya'ban maka telah diriwayatkan mengenai kemuliaan dan kelebihan Nisfu Sya'ban dengan hadith-hadith dan athar, dinukilkan dari golongan Salaf bahawa mereka menunaikan solat khas pada malam Nisfu Sya'ban, solatnya seseorang pada malam itu secara berseorangan sebenarnya telahpun dilakukan oleh ulama’ Salaf dan dalam perkara tersebut terdapat hujah, maka jangan diingkari, manakala solat secara jemaah (pada malam Nisfu Sya'ban) adalah dibina atas hujah kaedah am pada berkumpulnya manusia dalam melakukan amalan ketaatan dan ibadat..”

30.5.11

cegah Konsert MTV!

Rakyat Malaysia, terutama umat Islam yang hidup dengan panduan Al-Quran adalah diseru untuk membantah keras penganjuran Konsert MTV di i-City, Shah Alam pada bulan Julai ini. Ini adalah kerana konsert tersebut seperti konsert-konsert ala Barat yang lain mengandungi unsur-unsur yang bertentangan dengan ajaran dan syariat Islam seperti pendedahan aurat, percampuran bebas antara lelaki dan perempuan, kata-kata yang tidak selari dengan disiplin Syarak serta meleka dan melalaikan umat Islam dari agenda-agenda utama yang mesti mereka tangani seperti menunjukkan teladan yang ulung kepada umat dan bangsa lain serta menyebarkan risalah Islam ke seluruh pelusuk rantau dan dunia.

Berbagai program dianjurkan untuk merekrut artis-artis baru dari kalangan bangsa Melayu, bukan ke arah menyuburkan budaya Melayu Timur mereka sendiri, tetapi untuk mengembangkan budaya Barat Kafir yang pernah menjajah dan merompak kekayaan hasil negara mereka suatu masa dahulu.

Di antara cara membuat protes dan menggagalkan usaha penganjuran berkenaan ialah :

  • Memberikan taklimat dan ceramah kesedaran kepada seluruh pelusuk masyarakat, dimulai dengan penerangan di masjid ketika solat Jumaat dan kemudian ke surau, sekolah, pejabat, kilang dan institusi-institusi lain.
  • Menulis surat protes kepada pihak berkuasa tempatan yang mengeluarkan lesen atau permit penganjuran konsert berkenaan.
  • Menulis surat kepada Menteri Besar Selangor menyatakan bantahan sekeras-kerasnya restu yaang diberikan oleh pihak kerajaan negeri kepada pihak-pihak yang terbabit.
  • Mengadakan demonstrasi aman di tempat-tempat yang strategik.
  • Menyebarkan bantahan dan larangan melalui kemudahan seperti di email, facebook dan sebagainya.

Sabda Rasulullah saw bermaksud, “Siapa yang melihat kemungkaran, maka hendaklah dia mencegahnya dengan tangan (kuasa) nya. Sekiranya dia tidak mampu, maka hendaklah dia mencegahnya dengan menggunakan lidah (nasihat, bantahan dsb) nya. Sekiranya dia tidak mampu, maka hendaklah dia mencegahnya dengan menggunakan hati (benci) nya, yang merupakan iman yang paling lemah”.

Semoga Allah swt memelihara negara dan umat kita dari perancangan jahat musuh-musuhNya, membersihkan hati dan jiwa para pemuda dan pemudinya dan menjadikan agamaNya mendominasi masyarakat di dalam negara, rantau dan dunia ini sekaliannya, walaupun orang-orang musyrik tidak menyukainya.

Oleh: Ustaz Abdul Halim Abdullah,
Blog: Ini Jalanku.

SHAH ALAM: International rock band 30 Seconds To Mars will be making an appearance at the MTV World Stage Live that is being held for the third time in Malaysia.

Joining the American band will be popular local pop-rock band Pop Shuvit. They will share the stage with local legend Man Bai.

The international music showcase will be held at i-City here on July 24.

Pop Shuvit lead vocalist Moots said they would preview their latest single, Seperti Syurga­mu, a collaboration with Man Bai.

“This is his first performance after a long time and we will be there with fellow acts from South-East Asia, who are part of the East Asian Revolution project,” he said at the announcement of the event at i-City yesterday.

He added that they would perform six songs, including Mara–bahaya, Old School Rocka and current hitNebula 11.

The group 30 Seconds To Mars, made up of Jared Leto, Shannon Leto and Tomo Milicevic, have churned out top hits like The Kill, From Yesterday and Kings and Queens.

Shah Alam mayor Datuk Mohd Jaafar Mohd Atan said the confidence of MTV in hosting this global event here clearly showed that the technologically-advanced city was a leading venue for international events, lifestyle, technology and entertainment in Malaysia.

“I believe we can liven up this city by making it more accessible, fun, vibrant, appealing to youths and families, both locally and internationally,” he said.

He added that i-City was the perfect location as there were more than 60,000 students in the area.

Details on how to get passes to the event will be announced in the coming weeks.


“I believe we can liven up this city by making it more accessible, fun, vibrant, appealing to youths and families, both locally and internationally,” he said.




APA MAKSUD DISEBALIK KATA-KATA INI??ALLAHU ALLAH..DUNIA SEKARANG,ISLAM MENERIMA HIBURAN,TETAPI YANG SEDERHANA DAN MASIH DALAM BATAS SYARIAT,TETAPI INI HIBURAN YANG MELAMPAU..NAUZUBILLAHI MINZALIIK..


WAHAI PEMIMPIN,RENUNGILAH DENGAN MATA HATI,BUKAN MATA NAFSU..



”Barangsiapa menyerupai (meniru-niru) tingkah-laku suatu kaum maka dia tergolong dari mereka.” (HR. Abu Dawud)

WALLAHUA'LAM.

sumber:nurul iman

19.3.11

Bedah Buku Al Fateh

Hadis tentang pembebasan Kota Konstantinople.


Sabda Rasulullah s.a.w. ketika menggali Parit Khandaq; “Constantinople (kini Istanbul) akan jatuh ke tangan tentera Islam. Rajanya adalah sebaik-baik raja, tenteranya adalah sebaik-baik tentera

(Ha
dis riwayat Imam Ahmad)



Umat Islam telah berlumba-lumba membebaskan Constantinople untuk mendapatkan penghormatan yang dijanjikan oleh Allah swt di dalam hadis tersebut. Walau bagaimanapun, kesemua kempen yang dilancarkan menemui kegagalan. Di antaranya, 5 kempen di zaman Kerajaan Umayyah, 1 kempen di
zaman Kerajaan Abbasiyah dan 2 kempen di zaman Kerajaan Uthmaniyah. Di dalam salah sebuah kempen semasa zaman Kerajaan Umayyah, seorang sahabat besar Nabi saw iaitu Abu Ayyub Al Ansary ra telah syahid dan dimakamkan di bawah dinding kubu Kota Constantinople di atas wasiatnya sendiri. Apabila ditanya kenapa beliau ingin dimakamkan di situ maka beliau menjawab,“Kerana aku ingin mendengar derapan tapak kaki kuda sebaik-baik raja yang akan mengetuai sebaik-baik tentera semasa mereka,membebaskan Konstantinople”.Begitulah teguhnya iman seorang sahabat besar Nabi saw. Akhirnya,hadis Nabi saw ini direalisasikan hampir 800 tahun kemudiannya oleh Sultan Muhammad Al Fateh, khalifah ke-7 Kerajaan Uthmaniyyah dan 150,000 ora
ng tenteranya. Siapakah Sultan Muhammad Al Fateh? Apakah kehebatan beliau dan tentera-tenteranya sehingga disebut “sebaik-baik raja” dan “sebaik-baik tentera” di dalam hadis tersebut….????nantikan program anjuran Kelab Minda Islam dengan kerjasama CiTU....pastikan anda tidak melepaskan peluang ini....... :)


Bedah Buku

Kuasa Kepemimpinan

Muhammad al Fateh

26 MAC 2011

DEWAN UTAMA

7.45-11.00 MALAM

Bersama penceramah jemputan iaitu penulis buku

'Kuasa kepemimpinan muhammad al fateh'

USTAZ MUHAMMAD SYAARI ABD RAHMAN




JuAlAn BuKu juGa diAdakaN..!!!
hanya RM 19.00 sahaja..



Mantapkan ilmu agama anda dengan mengikuti sirah perjuangan tokoh-tokoh Islam terdahulu,mudah-mudahan segala pengajaran yang tersirat dapat di jadikan panduan dalam menjadikan diri kita semua umat Islam yang hebat!inshaAllah..syukran jazilan & jazakumullahu khair..:)

Jadilah manusia yang agung!
Jiwa orang beriman sentiasa peka & sensitif..
waallahua'lam..

6.3.11

Kem Kepimpinan KMI 2011

KEM KEPIMPINAN KMI 2011
ANGULLIA BEACH RESORT,
MARANG, TERENGGANU











14.2.11

Apa Ukuran Kita..?





teringat plak..
ada sahabat ana klasifikasikan waraknya muslimah tu ikut jenis tudung..
kalau yang bidang 60 segiempat kurang sikit waraknya tapi masih warak
klu yang berjahit tu dari kain yg tebal sikit lebih warak
yang pakai purdah lagi warak..

masyaAllah..^-^



Ada yang bertanya pada saya.
"Apakah wanita yang bertudung labuh itu lebih mulia di sisi Allah?"
Jawapannya mudah.Jika bertudung labuh itu hasil daripada ketaqwaan dia kepada Allah,maka di akan mendapat kemuliaan di sisi Allah.Dan jika sebaliknya,itu adalah urusan Allah yang tidak dapat kita campuri.

Agak hairan kenapa saya menjadikan soalan ini sebagai pengisian untuk blog kali ini.
Entah.Saya kurang pasti.
Mungkin kerana soalan ini tidak jauh bezanya dengan soalan yang sangat kerap saya dengar :
"Adakah lelaki yang tidak pakai seluar jeans itu lebih mulia di sisi Allah?"
Dan jawapan sesetengah dari kita,seluar jeans itu tampak biasa di sisi masyarakat biasa,tetapi kurang warak di sisi mereka yang dekat dengan Allah.

Ya!..Itu!
Benar!..Itu!
Itulah neraca timbangan kita terhadap saudara-saudara seagama kita untuk mengukur 'keimanan','kewarakan' dan 'kethiqahan' mereka.
Kita sering menghukum seseorang dengan luaran mereka.
Kita lupa,Allah adalah penghukum buat segalanya dan apa yang lebih penting,ukuran Allah adalah pada ketaqwaan.
Dan ketaqwaan itu,lahir dari kefahaman yang sebenar tentang Islam.

Sidang pembaca yang dirahmati Allah,
Islam mengajar kita untuk menjadi seseorang yang 'dipertengahan'.Tidak ekstrim dan tidak pula terlalu longgar.
Indahnya Islam menjadikan para sahabat dapat menerima Islam dengan senang hati.Islam datang kepada mereka,tidak mengharamkan adat-adat mereka,malah Islam memurnikan adat-adat mereka dengan cara yang bertepatan dengan syara'.
Islam datang pada mereka dengan penuh kefitrahan.Jadi,tidak hairan umat manusia ketika itu mudah menerima Islam.

Kadang-kadang,kita terlalu keras sehingga orang susah untuk menerima apa yang kita bawa.
Dan percayalah,kita tidak akan jumpa orang seperti itu di dunia ini,melainkan kekasih Allah,Muhammad S.A.W.

Jika neraca timbangan kita pada pakaiannya,pada labuh seluarnya,pada labuh tudungnya,pada rambutnya,maka kita tersalah meletakkan timbangan itu.
Jika neraca timbangan kita pada semua itu,maka ramailah penghukum manusia di dunia ini.
Yang si pemakai jubah akan memandang serong pada yang berseluar jeans,manakala yang berbaju biasa akan memandang serong pada si pemakai kopiah yang dilihat bermesra-mesra dengan perempuan bukan mahram!

*************

Al- Hasan Al-Basri menyatakan bahwa taqwa adalah takut dan menghindari apa yang diharamkan Allah, dan menunaikan apa-apa yang diwajibkan oleh Allah. Taqwa juga bererti kewaspadaan, menjaga benar-benar perintah dan menjauhi larangan.

Saat Umar ra bertanya kepada Ubay bin Ka’ab apakah taqwa itu? Dia menjawab; “Pernahkah kamu melalui jalan berduri?” Umar menjawab; “Pernah!” Ubay menyambung, “Lalu apa yang kamu lakukan?” Umar menjawab; “Aku berhati-hati, waspada dan penuh keseriusan.” Maka Ubay berkata; “Maka demikian pulalah taqwa!”


Menurut Sayyid Quth dalam tafsirnya—Fi Zhilal al-Qur`an—taqwa adalah kepekaan hati, kehalusan perasaan, sentiasa rasa khuatir dan hati-hati terhadap semua duri kehidupan.


Kefahaman yang benar tentang Islam akan melahirkan ketaqwaan yang tidak ternilai.
Ketaqwaan pula akan melahirkan aqidah yang sejahtera,ibadah yang sahih dan akhlaq yang mulia.
Jadi,untuk menafikan pemakaian dan akhlaq sesorang itu 100% tiada kaitan dengan kadar taqwa dalam dirinya,tidak tepat sama sekali.
Dan untuk menilai seseorang itu melalui pakaian dan akhlaqnya semata,juga tidak wajar sama sekali.
Jadi bagaimana mahu menilai orang..?


Biarlah!..Allah yang selayaknya menilai,bukan kita.
Kita penyeru,bukan penilai.


p/s :
Selayaknya,kitalah yang menilai kadar iman dan taqwa kita.Solat kita bagaimana?Amalan sunat?Berakhlaq dengan masyarakat?
Manfaatkan sisa-sisa malam untuk refleksi diri,bukan tolong refleksikan orang lain.


Maaf kerana tulisan ini tersangat umum.


Tulisan ini untuk mereka yang :
1) Seringkali menghukum masyarakat dengan luaran semata-mata,lantas menidakkan segala kebaikan yang ada pada orang lain.

2) Seringkali mengharapkan kesempurnaan daripada mereka yang bertudung labuh,berserban,berjubah dan lain-lain perkara yang menunjukkan kewarakan seseorang.

Muhasabah kembali..

petikan dari blog sahabat ana.
wallahua'lam..

10.1.11

Melihat Masa Hadapan

bagaimanakah masa depan kita?

Masa kecil, saya suka baca Doraemon. Antara yang ada pada Doraemon adalah mesin masa hadapan. Dari situ, saya sering tertanya-tanya apa masa hadapan saya. Pertanyaan itu saya bawa, hinggalah saya dewasa.

Dan konsep masa hadapan saya berubah mengikut tumbesaran saya. Sampai satu tahap, akhirnya saya sedar bahawa, masa hadapan itu dicorak oleh tangan kita sendiri. Masa hadapan kita, diadun dengan keadaan kita hari ini.

Dan kita tidak boleh mengharapkan keajaiban berlaku untuk mencorakkan masa hadapan kita.

Apa yang kita mahu?

Apa yang kita mahu untuk masa hadapan kita?

Mungkin orang yang biasa, dia akan berimpiankan rumah besar, kereta besar, isteri cantik, suami hensem, anak comel, harta banyak, jawatan tinggi dan sebagainya.

Orang yang luar biasa, dia akan mengharap untuk memimpin sebuah kumpulan, menjadi kepala negara, atau hendak mengubah dunia.

Orang yang lebih luar biasa, dia akan bercita-cita untuk kebaikan akhiratnya.

Kita dari golongan mana?

Apa pun golongan kita, semua itu kita putuskan hari ini. Dari apa yang kita hendakkan itu lah, kita sebenarnya memandu diri kita ke arah itu. Jika kita hendak rumah besar, macam mana sekalipun kita akan usaha mendapatkan rumah besar. Secara tidak langsung kita akan mendidik diri kita untuk menjadi orang yang hendakkan rumah besar, kita studi untuk dapat rumah besar, kita kerja untuk dapat rumah besar. Disiplin kita, disiplin untuk mendapatkan rumah besar.

Nampak? Cita-cita, kehendak, harapan, itu semua antara unsur yang mencorakkan peribadi kita. Masa hadapan kita, bergantung kepada apa yang kita cita-citakan, harapan kita, dan kehendak kita.

Justeru, apa yang anda mahu?

Dia hebat, saya tidak hebat

Ayat yang biasa kita dengar, oleh orang yang tak berapa berjaya kepada orang yang berjaya.

“Dia boleh la, dia hebat. Saya ni apa la sangat”

Kalau kita kembali ke belakang, dan melihat semula kehidupan masa lalu kita, sebelum hari ini tiba, apa yang kita fikirkan dalam kepala kita? Pernah kah kita merancang untuk menjadi hebat? Pernah kah kita berusaha untuk menjadi hebat? Pernah kah kita buat plan untuk berjaya? Dan kalau kita sudah buat semua itu, adakah kita bersungguh-sungguh melakukannya?

Ada dua jenis manusia di dalam dunia ini.

Genius, dan tidak genius. Dan pada saya, genius dan tidak genius ini, sama sahaja. Kedua-duanya bergantung pada usaha. Kalau kita ni genius, tapi tak pandai guna kegeniusan kita, tak usaha, tak ada cita-cita nak jadi hebat, tak ada impian, maka kita akan berakhir di satu tempat yang tidak sepatutnya dengan kegeniusan kita. Anda boleh check senarai mereka yang genius di dalam Malaysia, dan di mana tempat akhir mereka. Kebanyakannya bukan di universiti, bukan di tempat kerja yang bagus, bukan di tempat kepimpinan.

Kenapa? Kerana mereka tiada harapan, tiada impian, tiada cita-cita untuk menjadi hebat.

Bagi yang tidak genius, apakah tiada harapan? Kita sebenarnya yang memutuskan. Pada saya, kalau kita tidak genius, maka kita perlu menjadi golongan yang berusaha kuat. Yang penting kita ada cita-cita, kemudian kita berusaha separuh mati mencapai apa kita mahu.

Namun siapa antara kita yang berusaha? Maksud saya, berusaha dengan bersungguh-sungguh?

Masa hadapan terindah

Ada orang kata pada saya:

“Buat apa la usaha sungguh-sungguh sangat? Rumah akan hancur, isteri akan hodoh, anak nanti tak comel dah, harta akan susut, kerja akan pencen, last-last mati bukan boleh bawa semua tu. Buat apa susah-susah?”

Saya ketawa. Rumah mana akan hancur? Isteri mana akan hodoh? Anak mana yang tidak comel? Harta mana akan susut? Kerja apa yang akan pencen? Apa benda yang kita tidak boleh bawa masa mati?

Pada saya, semua itu akan kekal abadi. Semuanya boleh bawa masa mati. Andai kita dirikan masa hadapan kita itu, atas dasar keimanan dan mengharapkan keredhaan Allah SWT.

Kita kahwin dengan pasangan kita bersama hubungan yang syara’, mengharapkan redha Allah, insyaAllah hubungannya kekal ke syurga, dan dia tidak akan kelihatan buruk langsung di hadapan kita. Kita bina rumah untuk dapat redha Allah, kita guna rumah kita untuk didik anak-anak kita yang terbaik, untuk kita buat majlis amal, maka rumah itu akan kekal mengikuti kita menjadi saksi di akhirat atas amalan kita. Harta kita guna dengan baik, untuk sara keluarga dari sumber yang halal, kita sedekah pula, kita lakukan zakat dengannya, kita beribadah dengan harta kita, maka setiap sen itu akan Allah datangkan semula di akhirat dengan berkali ganda lipat. Kita kerja sebagai wasilah dakwah, kita jadi cikgu kita didik rakan sekerja dan anak murid, kita jadi doktor kita usaha dakwah pesakit dan tunjuk syakhsiah yang baik, kita jadi pemimpin yang adil, yang membina rakyat, yang tidak zalim dan menjaga pula agama Allah, kita jadi apa pun, kita bawa syakhsiah Islam dan usaha buat orang tertawan dengan Islam. Dan semua ini, akan menemani kita dalam perjalanan hayat yang seterusnya.

Masa hadapan terindah di syurga.

Sebab itu, pada saya, mereka yang bercita-cita mendapatkan redha Allah SWT, adalah manusia yang lebih dari luar biasa. Kerana mereka telah melihat sesuatu yang asli, yang abadi, yang terindah bagi diri mereka. Dengan cita-cita ini, mereka mempergunakan apa sahaja yang ada di dunia ini untuk mendapat keredhaan Allah SWT, bukan mereka dipergunakan oleh dunia untuk mengingkari Allah SWT.

Masa hadapan orang sebegini, walau di dunia dia susah, penghujungnya tetap satu, yang terindah.

Apa masa hadapan yang lebih indah, bermakna daripada masa hadapan di syurga Allah SWT?

Penutup: Coraklah masa hadapan

Justeru masa hadapan apa yang kita kehendaki?

Pada saya, melihat masa hadapan amat penting. Masa hadapan ibarat cahaya di tengah kegelapan. Masa hadapan ni macam lampu penunjuk arah. Masa hadapan akan memandu hala tuju hidup kita, pembinaan syakhsiah kita.

Teringat saya akan hadith niat.

“Setiap amal itu dengan niat, dan bagi setiap orang apa yang diniatkannya, barangsiapa yang niat hijrahnya kepada Allah dan rasul-Nya, maka hijrahnya akan bergerak kepada Allah dan rasul-Nya, barangsiapa yang berhijrah kerana perempuan untuk dikahwininya, atau dunia kerana inginkan kesenangannya, maka dia akan berhijrah kepada apa yang diniatkan hijrah olehnya” Hadith riwayat An-Nawawi.

Sama-sama kita corak masa hadapan kita.

Harapnya, masa hadapan kita adalah untuk Islam.

With the darkness closing in, I gaze into the light

The darker my past, the brighter my future
The emptiness ahead is filled with my dreams
With my actions

You never know when stepping in the light

If you are blinded by your future
Or skeptic from your past
Tired of your present

You need a change, you need hope

No more darkness in your life
This leap may be one you fear
But now, the future is near

nukilah HERE
sumber : Hilal Asyraf