27.7.11

Marhaban ya Ramadhan

Dengan nama ALLAH yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani

Assalamualaikum buat sahabat- sahabat sekalian, sedarkah anda bahawasanya tinggal beberapa hari sahaja lagi kita akan memasuki bulan RAMADHAN? Ya, benar harinya sudah terlalu hampir, tidak sampai seminggu sahaja lagi. Sebelum itu, marilah kita sama-sama mengucapkan "ALHAMDULILLAH" tanda syukur dan berterima kasih pada ALLAH kerana kita masih diberi peluang untuk menyambut RAMADHAN yang penuh berkah ini. Begitu cepat masa berlalu. Adakah kita sudah bersedia untuk menyambut bulan RAMADHAN? Marilah kita sama-sama merebut tawaran hebat daripada ALLAH pada bulan Ramadhan ini, Insya ALLAH.




Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa.
Berpuasa di bulan Ramadhan merupakan salah satu dari lima rukun islam, ssudah semestinya berpuasa merupakan satu ibadah wajib bagi umat islam. Tujuan berpuasa pada dasarnya ialah untuk mendisiplin keinginan dan nafsu yang terpendam pada manusia supaya mereka sentiasa berada pada landasan yang betul dalam segala tindak-tanduk mereka. Selain itu juga secara tidak langsung dengan cara berpuasa boleh merehatkan perut kita dari melakukan sebarang pemprosesan makanan. Selama 11 bulan kita diberi nikmat makan sehingga kadang kala kita lupa diri jadi di bulan ramadhanlah perut kita dapat berehat sebentar. Makan yang terlalu banyak boleh memudaratkan kesihatan.

Sabda Rasulullah SAW:"perut yang besar itu adalah sarang penyakit dan banyak makan itu punca segala penyakit." sabda Baginda lagi:"berpuasalah kamu, tentu kamu akan sihat."

ISTIMEWA DI BULAN RAMADHAN

Al Quran di turunkan

FIRMAN ALLAH:

(Masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) bulan Ramadan yang padanya diturunkan Al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah. Oleh itu, sesiapa dari antara kamu yang menyaksikan anak bulan Ramadan (atau mengetahuinya), maka hendaklah ia berpuasa bulan itu; dan sesiapa yang sakit atau dalam musafir maka (bolehlah ia berbuka, Kemudian wajiblah ia berpuasa) sebanyak hari yang ditinggalkan itu pada hari-hari yang lain. (Dengan ketetapan yang demikian itu) Allah menghendaki kamu beroleh kemudahan, dan Ia tidak menghendaki kamu menanggung kesukaran. Dan juga supaya kamu cukupkan bilangan puasa (sebulan Ramadan), dan supaya kamu membesarkan Allah kerana mendapat petunjukNya, dan supaya kamu bersyukur.
(2:185)

Ayat ini menjelaskan bahawa Al Quran itu diturunkan kepada Rasulullah di bulan Ramadhan untuk menjadi petunjuk kepada manusia membezakan hak dan yang batil.

Malam Lailatul Qadar
Firman ALLAH:
"Sesungguhnya kami telah menurunkan (Al-Quran) pada malam al-Qadr dan apakah jalan yang menyebabkan engkau mengerti (kebesaran) lailatul qadar itu? Lailatul qadar itu lebih baik daripada seribu bulan. Pada malam itu para malaikat dan Jibril turun dengan keizinan tuhan mereka (Allah), untuk setiap urusan. Sejahteralah malam ini hingga terbit fajar".
(97:1-5)

Kebanyakan ulama' Islam menegaskan bahawa kemungkinan berlakunya lailatul qadar adalah pada salah satu daripada malam kesepuluh terakhir sama ada malam ganjil ataupun malam genap. Adalah digalakkan umat islam bertadarus pada bulan ini.
Imam Bukhari dan Muslim meriwayatkan bahawa Saidatina R.A bekata:
"sesungguhnya Jibril datang kepada Rasulullah untuk memperdengarkan bacaannya kepada Rasulullah setiap setahun sekali. dan jibril telah melaksanakan yang demikian pada tahun nabi wafat, dua kali"
Syaitan Dirantai dan diikat

Rasulullah s.a.w bersabda:
ketika datang malam pertama dari bulan ramadhan semua syaitan dibelenggu dan seluruh jin diikat.
semua pintu - pintu neraka ditutup,tidak ada satu pintu pun yang terbuka,
semua pintu syurga dibuka hingga tidak ada satu pintu yang tertutup.
lalu tiap malam datang seorg yang menyeru,
'wahai org yg mencari kebaikan,ke marilah.wahai orang yg mencari keburukan menyingkirlah.hanya Allah yg bisa menyelamatkan dr api nraka."
(H.R TIRMIDZI)


No comments:

Post a Comment