27.7.11

Marhaban ya Ramadhan

Dengan nama ALLAH yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani

Assalamualaikum buat sahabat- sahabat sekalian, sedarkah anda bahawasanya tinggal beberapa hari sahaja lagi kita akan memasuki bulan RAMADHAN? Ya, benar harinya sudah terlalu hampir, tidak sampai seminggu sahaja lagi. Sebelum itu, marilah kita sama-sama mengucapkan "ALHAMDULILLAH" tanda syukur dan berterima kasih pada ALLAH kerana kita masih diberi peluang untuk menyambut RAMADHAN yang penuh berkah ini. Begitu cepat masa berlalu. Adakah kita sudah bersedia untuk menyambut bulan RAMADHAN? Marilah kita sama-sama merebut tawaran hebat daripada ALLAH pada bulan Ramadhan ini, Insya ALLAH.




Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa.
Berpuasa di bulan Ramadhan merupakan salah satu dari lima rukun islam, ssudah semestinya berpuasa merupakan satu ibadah wajib bagi umat islam. Tujuan berpuasa pada dasarnya ialah untuk mendisiplin keinginan dan nafsu yang terpendam pada manusia supaya mereka sentiasa berada pada landasan yang betul dalam segala tindak-tanduk mereka. Selain itu juga secara tidak langsung dengan cara berpuasa boleh merehatkan perut kita dari melakukan sebarang pemprosesan makanan. Selama 11 bulan kita diberi nikmat makan sehingga kadang kala kita lupa diri jadi di bulan ramadhanlah perut kita dapat berehat sebentar. Makan yang terlalu banyak boleh memudaratkan kesihatan.

Sabda Rasulullah SAW:"perut yang besar itu adalah sarang penyakit dan banyak makan itu punca segala penyakit." sabda Baginda lagi:"berpuasalah kamu, tentu kamu akan sihat."

ISTIMEWA DI BULAN RAMADHAN

Al Quran di turunkan

FIRMAN ALLAH:

(Masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) bulan Ramadan yang padanya diturunkan Al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah. Oleh itu, sesiapa dari antara kamu yang menyaksikan anak bulan Ramadan (atau mengetahuinya), maka hendaklah ia berpuasa bulan itu; dan sesiapa yang sakit atau dalam musafir maka (bolehlah ia berbuka, Kemudian wajiblah ia berpuasa) sebanyak hari yang ditinggalkan itu pada hari-hari yang lain. (Dengan ketetapan yang demikian itu) Allah menghendaki kamu beroleh kemudahan, dan Ia tidak menghendaki kamu menanggung kesukaran. Dan juga supaya kamu cukupkan bilangan puasa (sebulan Ramadan), dan supaya kamu membesarkan Allah kerana mendapat petunjukNya, dan supaya kamu bersyukur.
(2:185)

Ayat ini menjelaskan bahawa Al Quran itu diturunkan kepada Rasulullah di bulan Ramadhan untuk menjadi petunjuk kepada manusia membezakan hak dan yang batil.

Malam Lailatul Qadar
Firman ALLAH:
"Sesungguhnya kami telah menurunkan (Al-Quran) pada malam al-Qadr dan apakah jalan yang menyebabkan engkau mengerti (kebesaran) lailatul qadar itu? Lailatul qadar itu lebih baik daripada seribu bulan. Pada malam itu para malaikat dan Jibril turun dengan keizinan tuhan mereka (Allah), untuk setiap urusan. Sejahteralah malam ini hingga terbit fajar".
(97:1-5)

Kebanyakan ulama' Islam menegaskan bahawa kemungkinan berlakunya lailatul qadar adalah pada salah satu daripada malam kesepuluh terakhir sama ada malam ganjil ataupun malam genap. Adalah digalakkan umat islam bertadarus pada bulan ini.
Imam Bukhari dan Muslim meriwayatkan bahawa Saidatina R.A bekata:
"sesungguhnya Jibril datang kepada Rasulullah untuk memperdengarkan bacaannya kepada Rasulullah setiap setahun sekali. dan jibril telah melaksanakan yang demikian pada tahun nabi wafat, dua kali"
Syaitan Dirantai dan diikat

Rasulullah s.a.w bersabda:
ketika datang malam pertama dari bulan ramadhan semua syaitan dibelenggu dan seluruh jin diikat.
semua pintu - pintu neraka ditutup,tidak ada satu pintu pun yang terbuka,
semua pintu syurga dibuka hingga tidak ada satu pintu yang tertutup.
lalu tiap malam datang seorg yang menyeru,
'wahai org yg mencari kebaikan,ke marilah.wahai orang yg mencari keburukan menyingkirlah.hanya Allah yg bisa menyelamatkan dr api nraka."
(H.R TIRMIDZI)


26.7.11

MALAM SIMFONI KASIH

salam ukhuwwah buat semua pengunjung blog KMI,semoga sentiasa berada dibawah lindungan & rahmat ilahi.....Beribu kemaafan kami pohonkan krn sudah sekian lama blog ini tdk diupdate dek kerana kekangan waktu....TAPI,jgn sedih!!!! hari ini, kami ada berita gembira untuk disampaikan buat semua warga UiTM Kuala Trg khususnya dan buat semua pengunjung umumnya....
memandangkan RAMADHAN bakal menjelma tidak lama lagi, kami dari komitee KELAB MINDA ISLAM telah merancang satu program yg berbentuk hiburan islami sbg alternatif kpd hiburan2 yg melalaikan, harapan kami agr semua warga UiTM kampus Kuala Terengganu terhibur.....berikut adalah butiran program....



"MALAM SIMFONI KASIH bersama UNIC"
  • TARIKH : 12 RAMADHAN 1432H / 12 OGOS 2011...
  • TEMPAT : DEWAN UTAMA, UiTM Kampus Kuala Trg...
  • HARI : JUMAAT
  • TIKET : RM 15 (berbuka puasa bersama UNIC & menonton konsert)
  • RM 10 (menonton konsert shj)
♥ bayaran tiket yg dikenakan, kami akn sumbangkn sebahagian drpnya kpd anak2 yatim Darul Falah yg akn turut hadir bersama2 pd malam tersebut....

♥ majlis buka pose TERHAD kpd 200 ORG SHJ....



dah baca kn???
berminat???
untuk buat tempahan, bolehla hubungi no. yg tertera dibwh...

siswa : HAZIQ (AC110/3)-
0199156065

siswi : SURIA (OM114/5)-0133319764

jadi, apa yg ditunggu lagi???? tempahlah sekarang....insyaALLAH program ini akn menjadi pengalaman yang indah sahabat2 semua....marilah sama2 kita hilangkan resah & gelisah dlm hati kita dgn mendengar muzik2 islami agar jiwa kita akn terdidik....

Jom! pakat pakat mari blako!

20.7.11

Malam Nisfu Sya'ban

Pengertian

Malam Nisfu Sya'ban adalah malam ke 15 dari bulan Sya'ban.

Kelebihan Malam Nisfu Sya'ban

Sayyiduna Mu’az bin Jabal1 berkata: Rasulullah bersabda:

"Allah menilik kepada seluruh makhlukNya pada malam Nisfu Sya'ban, lalu Dia mengampunkan seluruh makhlukNya melainkan orang musyrik (orang yang menyekutukan Allah) dan musyahin (orang yang suka bermusuhan)

Sayyidatuna ‘Aisyah berkata:

“Aku pernah ditinggalkan Nabi pada satu malam, lalu aku keluar untuk mencarinya. Pada waktu itu, Baginda sedang berada di Baqi’ dalam keadaan kepala mendongak ke langit, lalu Baginda bertanya: Wahai ‘Aisyah, adakah kamu takut sekiranya Allah murka kepadamu dan RasulNya? Aku menjawab: Itulah yang aku tidak mahu tetapi aku menyangka engkau pergi ke rumah isteri-isterimu yang lain. Lalu Baginda bersabda: Sesungguhnya Allah menurunkan rahmatNya ke langit dunia pada malam Nisfu Sya’ban, lalu Dia mengampuni hamba-hambaNya lebih ramai daripada bilangan bulu-bulu kambing Bani Kilab."


Imam Al-Ashbahani telah meriwayatkan di dalam At-Targhib daripada Sayyiduna Mu’az bin Jabal berkata, Rasulullah bersabda:

“Sesiapa menghidupkan malam-malam yang lima wajiblah baginya syurga; malam yang kelapan daripada Zulhijjah, (riwayat lain: malam 'Arafah, malam Raya Haji, malam Raya Puasa) dan malam Nisfu Sya’ban."

Pendapat para Ulama’
Malam Nisfu Sya’ban juga adalah di antara malam-malam yang dikabulkan doa. Imam Asy-Syafi’e berkata di dalam kitabnya Al-Umm:

"Telah sampai pada kami bahawa dikatakan: Sesungguhnya doa dikabulkan pada lima malam iaitu: pada malam Jumaat, malam Hari Raya Adha, malam Hari Raya `Aidil Fitri, malam pertama di bulan Rejab dan malam Nisfu Sya'ban."

Seorang Waliyullah, Al-Alim al-Allamah Asy-Syaikh Ahmad bin Muhammad Sa’id bin Jamaluddin al-Linqi al-Malayuwi, mantan Mufti Negeri Sembilan Darul Khusus, dalam karangannya Tuhfah al-Authon wa al-Ikhwan menulis:

“Di sisi ulama’ kita Ahlus Sunnah wal Jama’ah, kelebihan malam Nisfu Sya’ban ini adalah thabit melalui beberapa hadith yang boleh dijadikan dalil dan hujah dalam bab Fadha’il. Syaikh Muhammad bin Abd ar-Rahman al-Mubarakfuri7 rhm. dalam "Tuhfatul Ahwazi bi Syarhi Jami’ at-Tirmizi", juzuk 3 muka surat 442 menyatakan antara lain:- ..”. Hadith-hadith fadhilat malam Nisfu Sya’ban itu secara keseluruhan adalah hujah yang mematahkan pendapat yang mengatakan bahawa tidak ada satu dalil pun tentang fadhilah malam Nisfu Sya'baan."

Cara menghidupkannya

Di dalam kitab Lathoif al-Ma’arif disebutkan:

“Dan diriwayatkan daripada Nauf al-Bakkali, sesungguhnya Ali telah keluar pada malam Nisfu Sya’aban. Maka banyak kali keluar pada malam itu, dia (Ali) akan memandang ke arah langit. Lalu dia berkata bahawasanya Nabi Daud telah keluar pada suatu malam seperti pada ketika ini lalu Baginda melihat ke langit. Dia pun berkata: Sesungguhnya pada ketika ini, tidaklah seorang itu berdoa kepada Allah, melainkan akan diberi keampunan kepadanya….”

Di kalangan Tabi’in dari negara Syam seperti Khalid bin Ma’dan, Makhul, Luqman bin Amir dan lain-lain, mereka membesar-besarkan malam ini dan bersungguh-sungguh melakukan ibadah di dalamnya. Daripada merekalah, orang ramai selepas itu mengikut mereka kerana ada kelebihan dan kebesaran malam ini….Antara yang setuju dengan mereka dalam membesarkan malam ini ialah sekumpulan ahli ibadah di Bashrah.
Walau bagaimanapun, sebahagian besar ulama’ Hijaz mengingkarinya termasuklah Atha’ dan Ibn Abi Malikah. Abd ar-Rahman bin Zaid bin Aslam telah menukilkannya dari fuqaha’ Madinah. Itulah juga pendapat Ashab Imam Malik dan lain-lain dan mereka mengatakan: Itu semuanya bid’ah.”

Ulama’ Syam khilaf dalam cara menghidupkannya atas dua cara:

1) Sunat menghidupkannya secara berjemaah (beramai-ramai) di masjid. Adalah Khalid bin Ma’dan, Luqman bin Amir dan selain keduanya, mereka memakai secantik-cantik pakaian pada malam itu, berwangi-wangian, bercelak mata dan membesarkan malam ini di masjid. Ishaq bin Rahuyah24 juga bersetuju dengan cara mereka dan dia mengatakan: Membangunkan malam ini di masjid secara berjemaah, itu bukanlah bid’ah (dhalalah). Ia dinukilkan oleh Harb al-Kirmani di dalam Masa’ilnya.

2) Makruh berkumpul di masjid untuk solat, bercerita kisah-kisah dan berdoa. Tidak makruh jika seseorang solat khas untuk dirinya sahaja. Inilah pendapat Al-Auza’i, Imam penduduk Syam, yang paling faqih dan paling alim. Ini adalah pendapat yang paling dekat kepada benar, insyaAllah…”26

Solat
Mengenai mengkhususkan solat sunat pada malam Nisfu Sya’ban, ulama’ khilaf tentangnya. Hujjah al-Islam, Imam Al-Ghazzali27 adalah antara ulama’ yang menthabitkannya28.
Walau bagaimanapun, mengerjakan solat sunat muthlaq atau solat sunat Awwabin, boleh dilakukan pada mana-mana malam sekalipun.
Berkenaan dengan qiamullail pada malam ini dengan mengerjakan solat-solat sunat terutamanya solat Sunat Tasbih, adalah sangat digalakkan oleh Syara’.

Membaca Surah Yaasin
Bagi masyarakat Melayu, apa yang menjadi kebiasaan ialah pada malam itu akan dibaca Surah Yasin 3 kali dengan niat pada bacaan yang pertama, minta dipanjang umur dalam kebaikan, yang kedua dengan niat menolakkan bala’ dan yang ketiga dengan niat agar sentiasa merasa cukup dan tidak meminta-minta dari manusia. Ia juga disebut di dalam kitab-kitab karangan ulama’ mu’tabar. Ia adalah amalan yang baik sekali. Tidak ada satu dalil pun yang mengharamkannya. Malah, terlalu banyak hadith yang menerangkan pahala membaca Al-Qur’an dan Surah Yasin adalah termasuk dari surah-surah di dalam Al-Qur’an. Membaca Yasin sebelum berdoa juga adalah termasuk dalam bab bertawassul dengan amal soleh sebelum berdoa, dan tawassul dengan amal soleh ini, tidak ada seorang pun yang membantahnya.
Niat sebelum membaca Surah Yasin bertujuan supaya lebih tawajjuh (benar-benar menumpukan hati) kepada hajat ketika membacanya. Tidak ada dalil yang mengharamkannya.

Doa
Memperbanyakkan doa kepada Allah adalah suatu suruhan kerana ia memberi pengertian perlu dan berhajatnya hamba kepada Penciptanya dalam semua hal. Doa adalah tanda tadharru’ (merendah diri) seorang hamba kepada Allah. Allah sangat menyukai sifat kehambaan dari hambaNya.

Tanbih
Bagi orang yang selalu membantah amalan pada malam Nisfu Sya’ban ini, mereka selalu berdalilkan pendapat Syaikh Ibn Taimiyyah. Jika diteliti, Syaikh Ibn Taimiyyah sendiri membolehkan pengkhususan amalan pada malam Nisfu Sya’ban ini malah memujinya.

Lihatlah di dalam tulisan-tulisan beliau umpamanya dalam Majmu’ Fatawa beliau menulis maksudnya: "Berkenaan malam Nisfu Sya'ban maka telah diriwayatkan mengenai kemuliaan dan kelebihan Nisfu Sya'ban dengan hadith-hadith dan athar, dinukilkan dari golongan Salaf bahawa mereka menunaikan solat khas pada malam Nisfu Sya'ban, solatnya seseorang pada malam itu secara berseorangan sebenarnya telahpun dilakukan oleh ulama’ Salaf dan dalam perkara tersebut terdapat hujah, maka jangan diingkari, manakala solat secara jemaah (pada malam Nisfu Sya'ban) adalah dibina atas hujah kaedah am pada berkumpulnya manusia dalam melakukan amalan ketaatan dan ibadat..”