ASSALAMUALAIKUM..
Kurang daripada sehari kita akan menyambut tahun baru 2013.
Pejam celik, pejam celik banyak pahit manis dilalui sepanjang tahun ini bukan?
Jadi, apa pula azam anda pada tahun 2013 ini?
Itu adalah persoalan biasa yang dikemukakan apabila tahun baru menjelang.
Maka akan hadir pelbagai jawapan yang berbeza.
Biasanya setiap remaja memiliki azam yang berbeza namun baik-baik semuanya.
Ketika membina azam demi azam, memang tidak dinafikan remaja kini berdepan dengan cabaran seperti kerjaya, gejala sosial, hilang jati diri, ketidaktentuan hala tuju hidup, kegagalan
membawa pembaharuan dalam diri dan masyarakat serta sukar
menerima kritikan dan pandangan.
Dengan era siber yang berkembang pesat dengan langit terbuka serta dunia tanpa sempadan
menjadikan kehidupan lebih kompleks, mencabar sikap dan pemikiran remaja.
Anda sebagai remaja perlu sedar bahawa kita semua ialah
aset agama, bangsa dan negara. Bagi memastikan aset ini memenuhi kehendak
masa depan negara, remaja perlu debentuk dan dibina berpandukan pendekatan menyeluruh
dan komprehensif berpandukan al-Quran dan al-Sunnah.
Apa kata kita mengorak langkah ke arah pembaikan dan perubahan
dengan melakukan transformasi diri.
Jadikan ia azam tahun baru kita.
Tranformasi remaja menyentuh ruang dan peluang untuk remaja meneroka potensi diri,
membangun, membentuk dan membina diri agar mencapai tahap kemajuan dan kecemerlangan dalam pelbagai bidang.
Remaja mesti bersedia memberi dan menerima pandangan, berlapang
dada dengan pembaharuan dan kritikan selaras dengan kebenaran
fakta dan norma masyarakat Malaysia..
Wasalam.. :)
No comments:
Post a Comment