8.9.10

Saat-saat akhir Bersama Ramadhan


Salam pembuka bicara kepada teman seperjuangan yang tak sabar menyambut raya..

Puisi yang dipaparkan ini adalah hasil idea kreatif Ustaz Pahrol Mohd Juoi. Terlalu banyak yang ingin ditegur dan disampaikan oleh beliau melaluai puisi kreatif ini, semoga dapat maanfaat bersama ye kawan-kawan.

Raya tu raya juga, tapi pelajaran jangan dilupa, mungkin ada di antara sahabat sekalian yang akan bersua dengan juadah "test" dan "kuiz" buka kuliah nanti. Dengan meraih kejayaan kita dalam melawan nafsu dibulan Ramadhan, 'Aidulftr haruslah disambut dengan rasa penuh bersyukur dan dengan penuh keinsafan kerana ia merupakan lambang dimana manusia sepatutnya kembali kepada fitrah yang suci setelah bertungkus-lumus menyucikan diri memohon pengampunan dari Yang Esa di Bulan Mulia iaitu Ramadhan Al-Kareem.

IKHLAS DI HARI RAYA

Kita memberi bukan untuk menerima
Menabur budi bukan untuk dianggap berjasa
Moga tulus, putih dan murni hati kita
Memberi adalah kerana-Nya jua

Tidak mengapa jika tidak dikenang
Asalkan segalanya memberi satu ketenangan
Menyebut kebaikan meragut keikhlasan
Bukan kerana kelebihan kita…

Dalam samar mainan rasa
Kekadang datang jua serpihan bangga
Mengharap adanya balasan
Mendamba hadirnya kemasyhuran

Bukan itu yang diburu sejak mula
Ditagih kasih rasa di depan-Mu saja
Bila terasa segalanya dari-Mu
Rebahlah segala dari kita yang hina

Lalu…ke tika Takbir Syawal bergema…
Muhasabahlah tentang keberkesanan puasa kita
Apakah sudah ada keikhlasan…
di puncak taqwa.
Atau sekadar di pinggiran…
lapar dahaga!

Allah hu Akbar!
Allah hu Akbar!
Allah hu Akbar… walillah hil hamd
Oh, syukur kiranya Dikau masih sudi mengizinkan
Kami memuji dan memuja-Mu
Walau dengan lidah dan hati yang berdosa


BERILAH KEMAAFAN ITU

Berilah kemaafan itu
Lepaskan segala belenggu
Tanpa berpaling lagi
Pada dendam dan amarah

Berilah senyuman itu
Ikatkan doa yang suci
Pada salam yang terhulur
Pasti jiwa kan terhibur

Berilah hati itu
Bebaskan segala yang terbuku
Tanpa diguris duka
Pastikan dia bahagia

Berilah apa yang dipinta
Dengan apa yang kau ada
Pasti Tuhan menilainya
Diberi kelapangan jiwa!


TAKUT & HARAP DI AIDIL FITRI

Kekadang mahmudah tidak kecapaian
Hanya dengan tekunnya amalan
Tapi harus ditempa oleh tusukan ujian
Dari kesakitan, kegagalan dan…
persengketaan

Seringkali dosa dan mazmumah
Ditandai oleh perpecahan ummah
Sejauh mana kasih sesama manusia
Dibatasi oleh cinta pada yang Esa
Teguh iman, kukuhlah perpaduan

Kekadang Allah menyempitkan…
Supaya kita tak hanyut dalam kesenangan
Kekadang Dia melapangkan…
Supaya kita tak selalu dipagut kesempitan
Kekadang Dia melepaskan kita dari kedua-duanya
Supaya tidak bergantung kepada sesuatu
selain-Nya!

Ya Allah,
semoga di kemeriahan Syawal nanti
Hati kami tetap di madrasah Ramadan
Dalam alpa dan berdosa… kami takut
Dalam ingat dan taat… kami harap
Takut kemurkaan-MU!
Harap keampunan-MU!

Allah hu Akbar… Allah hu Akbar… Walillahhilhamd!


SEMAI KEBAIKAN TUAI KEREDHAANPada yang empunya harta melimpah
hulurkanlah zakat dan sedekah
Pada yang gagah sihat dan kuat
berilah tenaga dan keringat

Pada yang berbakat dan cendikiawan
murahlah dengan khidmat dan pengajaran
Pada yang miskin dan kesempitan
bersedekahlah dengan senyuman

Semua kita harus pemurah
Memberi bukan untuk bermegah
Tetapi itulah perintah Allah
Sebagai perantara rahmat dan barakah

Di dunia menyemai kebaikan…
Di akhirat nanti menuai keredhaan…
Di sini tempat berkerja memerah tenaga
Di sana tempat berehat menikmati syurga

Ramadan itu medan mujahadah
Agar di Syawal kembali ke fitrah
Perjuangan memang pahit kerana syurga itu manis
Ramadan itu bagai ‘dunia’ – menempuh ujian
Syawal itu umpama ‘akhirat’ – menempah kejayaan!


KEMBARA DI HARI RAYADahulu…
saat indah zaman nubuwwah
Di kanan iman, di kiri ukhwah
Di tapak… kebersihan hati
Di puncak… kecanggihan teknologi

Lalu keindahan Islam pun kembara
dari Makkah ke Madinah
Menuju Asia, Afrika dan Eropah
Jelajah seantero benua!

Ketika itu perilaku ummah dihias mahmudah
Di asas ‘lil Lah’ padu keikhlasan
Gerak kerja cekap dan berkesan
Kukuh seluruh sepenuh itqan

Puasa kita itulah kembaranya
Syawal kita itulah destinasinya
Membina TAQWA dengan yang Esa
Melahirkan AKHLAK sesama manusia
Menjana ITQAN di dalam kerja

Semuga Syawal kali ini
Adalah satu kemenangan
Menyemai kerendahan seorang hamba… di dalam jiwa
Menuai keperkasaan seorang khalifah… di maya pada
Jika tidak…
Kita terus terusan kembara!

Allah hu Akbar, Alllah hu Akbar, Allah hu Akbar!


PERISA HATI DI AIDIL FITRI

Kepelbagaian perisa menjadi satu rasa
Aroma yang berbeza bumbu kelazatannya
Pedas, harum, manis dan pahit bergaul mesra
Dalam resepi warisan sejak dahulukala

Pada kelembutan ketupat dan lemang
Pada keenakan lodeh dan rendang
Bersalut segala kreativiti dan aspirasi
Melahirkan citarasa yang serasi dan harmoni

Begitulah kiasan di Hari Raya
Hari mempertemukan semua yang berbeza
Segala bangsa, budaya dan agama
Buat menjalinkan kesatuan rasa

Berbeza bukan untuk bertentangan
Pelbagai bukan untuk bertikai
Di Aidil Fitri kita dipertemukan
Bagai ramuan dalam satu masakan

Inilah menu hakiki…
Inilah persaudaraan sejati…
Perisa hati di Aidil Fitri!


MAHAR CINTA SYAWAL

Dari medan Ramadan sepenuh perjuangan
Terpamir ketulusan jiwa, kemurnian hati,
kecerdasan fikiran, ketangkasan tindakan…
Ukir semurni tadbir
Tagih sesuci takdir

Dari takbir Syawal seluruh kemuliaan
lambang satu kemenangan
mengatasi kejahatan diri dalaman
menangani angkara musuh luaran
kembali ke fitrah…
kembali kepada Allah!

Hitung syukurmu di istana rahmat-Nya
Renung sukarmu di penjara dosa-dosa
Moga keberkatan Ramadhan…
Agar Kemuliaan Syawal…
Menjadi mahar seorang hamba…
untuk melamar cinta Tuhannya!


BUNGA TANJUNG
(Buat wanita solehah itu…)

Seroja wangi di jambangan
kemboja indah pandangan
anggerik cantik menarik
mawar merah menyala
… cuma Tanjung
di hujung kampung
harumnya sentiasa ada
tawadduknya tetap ketara

Bunga tanjung di hujung daun
Dipagar belantara merimbun
Namun harumnya sampai jua
… ke hujung kampung

Tanjung sepi sendiri
Mengadu sunyi di sisi Ilahi
Dia pilu yang menabur bakti
Tersiksa jiwanyaagar
Bahagia milik bersama
… tetap segar
… tetap mekar

Bunga tanjung mendakap wangi
Terseri di julang sanggul puteri
Gugurnya sebagai gugur serikandi
Bertuah anak yang memanggilnya ibu!
Beruntung suami yang memanggilnya isteri!


PELUANG SAMA NATIJAH BERBEZA

Ramadhan satu nasib tak serupa
Peluangnya sama natijah berbeza

Ramadhan mereka gemilang cemerlang
Mukmin berjasa diawal zaman
Ramadhan kami malam terbuang
Muslim berdosa di akhir zaman

Mereka gembira kerana kedatanganmu
Kami gembira dengan pemergianmu
Malam mereka meriah disimbah Nur al-Quran
Tapi malam kami muram bertemu dengkur

Mereka berlumba mengejar makrufat
Tapi kami lesu diburu nafsu
Hati mereka bercahaya digilap takwa
Jiwa kami gelap didera dosa

Takbir mereka takbir kemenangan
Hadiah mujahadah sebulan ramadhan
Takbir kami lesu tak bermaya
Tanda kalah lemah tak berdaya
Puasa sekadar lapar dan dahaga



MUHASABAH RAMADAN

Hari Raya Hari Kemenangan
Hari Kesyukuran Dilimpahi Kemuliaan
Di Lipatan Seni Mehnah
Ada Maksud Murni Yang Lebih Hakiki

Pada Nafsu Yang Dilentur Lapar Dahaga
Pada fikiran Disinar Wahyu dan Sabda
Pada Hati Bersih Di Solat Tarawih
Apakah Semuanya Telah Dimiliki

Puasa Mengajar Erti Ketabahan
Menghadap Ujian Berlandaskan Iman
Puasa Perisai Yang Sangat Maknawi
Penyinkap Hijab Antara Hamba Dengan Illahi

Puasa Sempurna Menahan Rohani dan Rasa
Puasa Sederhana Menahan Indera dan Juga Anggota
Puasa Biasa Hanya Melawan Lapar dan Dahaga
Lalu Di Manakah Puasa Kita
Adakah Masih Di Tahap Lama

Lalu Muhasabah Di Hujung Ramadhan
Sudahkah Terbangun Jiwa Teguh Dankukuh
Atau Kolam Jiwa Masih Tercemar Keruh
Bersembilu Dosa Duri Angkara

Ketika Bertahmid
Bertakbir
Bertasbih
Terasakah Ita Hamba Illahi
Yang Hanya Mampu Mengukir Tadbir
Sedangkan Padanya Segala Takdir


13.8.10

Explorasi Minda


Peluang 'Last Minute' & Lailatul Qadar

http://www.zaharuddin.net/


Tanpa kita sedari sudah separuh Ramadhan kita berpuasa.Hanya Allah S.W.T sahaja yang mengetahui samada segala ibadah itu cemerlang atau temberang semata-mata. Kita juga mungkin mempunyai sedikit 'clue' tentang prestasi kita sendiri.

Peluang ibadat dalam 10 malam terakhir Ramadhan telah diketahui ramai. Pengkhususan berkenaan kehebatan dan tawarannya juga bukan lagi ganjil dari minda umat Islam sedunia.

Kehebatan Malam Al-Qadr

Dalam tulisan ringkas ini, cuba sama-sama kita hayati beberapa keistimewaan Lailatul Qadar seperti berikut :-

1)
Malam berkat yang di turunkan padanya Al-Quran (secara sepenuhnya dari Lawh Mahfuz ke Baytil Izzah di langit dunia sebelum diturunkan kepada Nabi SAW secara berperingkat) ;

Justeru ia disifatkan sebagai malam penuh berkat dalam ayat 3 surah ad-Dukhaan. Pandangan ini adalah sohih dari Ibn Abbas, Qatadah, Sai'd Ibn Jubayr, 'Ikrimah, Mujahid dan ramai lagi. (Tafsir Al-Baidawi, 5/157 ; Al-Jami Li Ahkam Al-Quran, Al-Qurtubi, 16/126 )

2)
Di tuliskan pada malam tersebut "qadar" atau ketetapan bagi hidup, mati, gembira, rezeki, sihat, sakit dan apa jua berkaitan qadar manusia dan destinasi mereka pada tahun itu.

Ini diambil dari firman Allah s.w.t :-

فِيهَا يُفْرَقُ كُلُّ أَمْرٍ حَكِيمٍ أَمْرًا مِّنْ عِندِنَا إِنَّا كُنَّا مُرْسِلِينَ

Ertinya : Pada malam itu dijelaskan segala urusan yang penuh hikmah, urusan yang besar dari sisi Kami. Sesungguhnya Kami adalah Yang mengutus rasul-rasul ( Ad-Dukhan : 4-5)

Imam At-Tabari menyebut bahawa pada malam itu, diputuskan hal ajalnya seseorang, rezekinya, kejadiannya. Malah di malam tersebut juga, ditentukan siapa yang berkahwin dengan siapa, nama siapa yang termasuk dalam senarai kematian pada tahun berikutnya, apakah musibah yang akan menimpa dan lain-lain. Ia juga yang dihuraikan oleh Imam Qatadah, Mujahid dan Al-Hassan(Tafsir At-Tabari, 25/108 )






3)
Malam ini terlebih baik dari seribu bulan untuk beribadat.

Perlu difahami bahawa para ulama berbeza pandangan dalam pengertian seribu bulan kepada pelbagai takwilan. Cuma Imam At-Tabari selepas membawakan hampir semua pendapat-pendapat semua pihak ia mentarjihkan dengan katanya :-

وأشبه الأقوال في ذلك بظاهر التنزيل قول من قال عمل في ليلة القدر خير من عمل ألف شهر ليس فيها ليلة القدر

Ertinya : Pendapat yang paling tepat dari zahir teks nas yang diturunkan adalah pendapat yang mengatakan erti Seribu bulan adalah "beramal di lailatul Qadar sama dengan amalan seribu bulan yang tiadanya lailatul Qadar ( selain bulan Ramdhan) ( At-Tabari, 30/259)

Imam Malik dalam al-Muwatta' membawakan satu hadis Nabi s.a.w yang memberi makna seribu bulan itu adalah gandaan sebagai ganti kerana umur umat zaman ini yang pendek berbanding zaman sebelum Nabi Muhammad SAW yang amat panjang seperti Nabi Nuh as.

4)
Pada malam itu, turunnya para Malaikat dan Ruh (Jibrail as).

Hal ini disebutkan di dalam al-Quran dari surah al-Qadr. Manakala, dalam sebuah hadith disebutkan bahawa pada malam tersebut, malaikat akan turun dan berjalan kepada seluruh individu yang sedang beribadat secara berdiri, duduk, bersolat, berzikir, serta memberi salam kepada mereka dan mengaminkan doa mereka maka Allah akan mengampunkan mereka kecuali empat kumpulan : Peminum arak, penderhaka ibu bapa, pemutus siltarurrahim dan individu yang sedang bermusuhan.

5)
Malam itu juga disebutkan sebagai malam yang sejahtera.

Hinggakan Syaitan juga tidak mampu untuk melakukan kejahatan dalamnya. (Tafsir Ibn Kathir, 4/531 ; Al-Qurtubi, 20/134 ) . Sejahtera dan keberkatan ini akan berterusan sehingga naik fajar dan bukannya pada saat tertentu sahaja. Hal ini juga di sebutkan dari firman Allah dalam surah al-Qadr.

6)
Diampunkan dosa terdahulu bagi sesiapa yang menghidupkannya dengan iman, ikhlas dan mengharap redha Allah;

Ia berdasarkan hadith sohih riwayat al-Bukhari dan Muslim. (Fath al-Bari, 4/251)








EXPLORASI MINDA 2010

KELAB MINDA ISLAM UiTM KUALA TERENGGANU


Nama:

No Matrik:

Kursus:


Soalan kuiz artikel : Peluang 'Last Minute' & Lailatul Qadar

  1. Apakah yang dimaksudkan dengan malam Lailatul Qadar?





  2. Bagaimanakah cara al-Quran diturunkan?





  3. Pada malam Lailatul Qadar, malaikat akan turun dan memberi salam serta mengaminkan doa mereka yang beribat dan Allah akan memakbulkan doa tersebut kecuali doa 4 golongan.

    Nyatakan 4 golongan tersebut.







    Sila lengkapkan slogan ini: (Tidal lebih daripada 15 patah perkataan)


    Mencari malam Lailatul Qadar adalah satu peluang keemasan bagi seorang muslim kerana…





    "Selamat Mencuba"


Mari Memaksimumkan Bonus Ramadhan

source : www.iluvislam.com
Ustaz Hj Zaharuddin Hj Abd Rahman


Bagi memastikan sempurnanya puasa serta mampu memaksimakan pahala dan keuntungan dari Ramadhan, amalan yang berdasarkan nas yang kuat berikut perlu dilakukan:-


1) Berniat dalam hati untuk berpuasa di malam hari.

2) Bersahur di akhir malam (yang terbaik adalah jaraknya dengan azan subuh selama bacaan 50 ayat al-Quran secara sederhana).


Nabi SAW bersabda :

"Perbezaan di antara puasa kami (umat Islam) dan puasa ahli kitab adalah makan sahur." (Riwayat Muslim)


"Bersahurlah kamu, kerana pada sahur itu ada barakahnya." (Riwayat Bukhari dan Muslim)


Baginda SAW juga menyebutkan bahawa malaikat sentiasa meminta ampun bagi orang yang bersahur. (Riwayat Ahmad)


Selain makan tatkala itu adalah amat digalakkan kita untuk mendirikan Solat Sunat Tahajjud, Solat Sunat Witir dan beristifghar dan lain-lain amalan sebelum menunaikan Solat Subuh berjemaah (bagi lelaki). Adalah amat tidak digalakkan bagi seseorang yang bersahur dengan hanya makan di sekitar jam 12 malam sebelum tidur. Kebanyakan individu yang melakukan amalan ini sebenarnya amat merasa berat dan malas untuk bangun di tengah malam. Ia pada hakikatnya adalah tidak menepati sunnah yang diajarkan oleh baginda SAW.


3) Memperbanyakkan bacaan Al-Quran dengan tenang dan tidak tergesa-gesa.

Terdapat ramai ulama silam menyebut tentang kepentingan mendahulukan membaca Al-Quran di atas amalan sunat seperti menelaah kitab, membaca hadis dan lain-lain. Ia adalah salah satu amalan yang paling diambil berat oleh Nabi SAW ketika baginda membacanya bersama Malaikat Jibrail a.s. Hal ini disebut di dalam hadis al-Bukhari.

10.8.10

Lafaz niat Ramadhan


Lafaz niat puasa harian Ramadhan


nawaitu souma godhin ‘an adaa i, fardhi syahri ramadhaana haadzihis
sanati lillahi ta’aalaa







Lafaz niat puasa untuk sebulan


sahaja aku berpuasa sebulan pada bulan Ramadan bagi tahun ini
kerana Allah Taala






Doa berbuka puasa


allahumma laka somtu wa bika aamantu wa ‘alaa rizqika afthartu
birahmatika ya arhamarrohimin


4.7.10

Nafar Ke Medan Juang






“Ini bicara Allah kepada kamu. Rasakan yang Allah sedang bercakap secara khusus kepada kamu,” kata Ustaz Harun kepada kami.

Angin desa di Kubang Lembek tengah hari itu damai sekali. Tidak terasa terik mentari membakar siang.

Saya dan beberapa rakan tekun mendengar.

“Ayat ini adalah mahkota penuntut ilmu di jalan Allah. Ke mana sahaja kamu pergi, junjunglah ayat ini,” pesan Ustaz Harun lagi, melangsaikan pertemuan kami tengah hari itu.

Sudah menjadi suatu kemestian, saya dan rakan-rakan selalu mencari ruang dan peluang untuk bertemu dengan alim ulama’. Pada usia akhir belasan tahun, kami sedang mengorak langkah untuk jejak ilmuwan. Nasihat dan mutiara kata para ulama’ yang berjiwa mursyid itu menjadi dambaan kami, buat bekalan kembara diri… yang panjang itu nanti.






Ustaz Harun mensyarahkan kepada kami kalam Allah yang terungkap pada surah al-Taubah ayat 122:




“Tidak sepatutnya bagi orang-orang yang mu’min itu pergi semuanya (ke medan perang). Mengapa tidak pergi dari tiap-tiap golongan di antara mereka beberapa orang untuk memperdalam pengetahuan mereka tentang agama dan untuk memberi peringatan kepada kaumnya apabila mereka telah kembali kepadanya, supaya mereka itu dapat berjaga-jaga.” [al-Taubah 9: 122]


DI CELAH KEGENTINGAN TABUK

Musim panas dan pohon tamar berbuah ranum.

Tuaian harus disegerakan untuk manfaat bekalan keperluan hidup setahun mendatang.

Dalam suasana itulah Allah SWT menguji kaum mu’minin untuk turun berjuang. Jangan terkecuali walaupun seorang. Namun segalanya terhasil dengan hikmah yang besar. Sekumpulan sahabat tercicir dengan alasan dan situasi masing-masing. Mereka ditegur dan diperbetulkan oleh Nabi sallallaahu ‘alayhi wa sallam dengan cara yang amat menusuk kalbu. Pengajaran kekal yang tidak akan dilupakan sampai bila-bila.

Peringatan itu menjadikan para sahabat begitu peka dan responsif terhadap perintah jihad. Hingga tiada langsung yang berlengah. Tatkala ada sub misi (sariyyah, bukan ghazwah) yang dilancarkan oleh Baginda allallaahu ‘alayhi wa sallam, kesemua sahabat menyertainya hingga baginda ditinggalkan sendirian di kota. Lalu turun ayat ini memberi peringatan, bahawa sebesar mana sekali pun suatu misi, adalah tidak wajar untuk kaum mu’minin itu keluar semua sekali memenuhi agenda yang satu.

Dalam kewajipan melaksanakan jihad, kewajipan menuntut ilmu beriringan sedarjat.

MENUNTUT ILMU ITU JUGA NAFAR

Falaulaa nafara…

Keluar menuntut ilmu, digelar Allah dengan kalimah nafara, iaitu kalimah yang lazimnya hanya terguna pada mengungkapkan soal keluar berjihad perang di jalan Allah. Pemilihan kalimah itu harus kita teladani, bahawa Allah SWT mahu kita melihat proses menuntut ilmu di jalan Allah sebagai suatu medan tempur. Justeru persiapan kaum yang keluar berperang, harus juga menjadi persiapan yang sama buat penuntut ilmu di jalan Allah.

Peperangan Itu Susah

Penuntut ilmu juga harus menyediakan fizikal, mental, emosional dan spiritual mereka terhadap hakikat ini, bahawa jalan yang dipilih adalah jalan yang penuh ujian dan kesusahan. Pertaruhannya adalah segala milikan diri, dari masa, tenaga dan harta, hinggalah kepada nyawa dan survival jiwa.



“Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan secebis perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar” [al-Baqarah 2: 155]


“Sudah diberi biasiswa takkanlah susah lagi?” terdetik di bibir rakan-rakan mengulas kehidupan yang bakal kami tempuh.

Hakikatnya, soal kewangan yang sering menjadi fokus kerisauan, bukanlah cabaran terbesar belayar di perantauan. Mungkin dalam sederetan ujian yang mendatang, musibah besar yang sering mengorbankan seorang penuntut ilmu ialah sebuah KEBEBASAN. Bebas terbang ke sana sini, tiada lagi leteren dan hambatan kawalan yang menghantui. Segalanya bebas.

Dan kebebasan itulah yang sering memutuskan tali pada sebuah layang-layang.

Terbang tinggi tidak ke mana, hingga nanti jatuh ke tanah berlumpur hina.

Peperangan Harus Terancang

Tidak wajar sekumpulan wira terjun ke medan perang sebagai bidan terjun.

Peperangan itu besar. Nilainya besar, harganya besar, pengorbanan untuknya juga besar. Jadi, langkah ke arahnya jangan mula bertapak hingga jelas di fikiran apa yang dimahukan. Begin with the End in Mind, adalah suatu tuntutan yang mesti diterokai oleh setiap penuntut ilmu di jalan Allah. Apa yang mahu dituntut, mengapa ia perlu dituntut, malah soalan semudah “kenapa mahu jadi ustaz“, mesti difikirkan masak-masak. Terikut-ikut sentiasa menjadi musibah bagi apa jua aspek kehidupan.

Apa yang saya cari?

Bakal terlepas peluang kenduri kendara kahwin adik beradik.

Bakal tercampak sunyi di negeri orang.

Bakal membiarkan bonda sunyi sendirian di desa nan sepi.

Bakal berpisah yang mungkin bertanda mati!

Besar sekali harga sebuah perjalanan kembara ilmu yang bakal dilakar ini.

Apakah yang saya cari?

Soalan tentang hal ini saya fikirkan sehadam-hadamnya. Pengajian Islam bukan tiada di negeri sendiri. Mengapa saya mengambil keputusan untuk mengembara jauh? Apa yang saya cari? Salji? Glamor? Naik kapal terbang? Siar gambar raya di surat khabar Ramadhan demi Ramadhan? Apa yang saya cari?

Sesungguhnya saya tidak pernah mengizinkan diri untuk menjadi biasa-biasa. Saya ciptaan Allah. Dia yang Maha Bijaksana lagi Sempurna. Mustahil Allah menciptakan saya biasa-biasa untuk saja-saja bagi tujuan yang ala kadar semata. Saya yakin saya makhluq Allah yang istimewa, dan kembara ke bumi Anbiya’ ini adalah untuk mencari keistimewaan itu.

Menjadi pewaris Anbiya’ bukan retorik. Visi dan misinya saya genggam dalam pesanan Allah di dalam ayat ini.

Peperangan Harus Ada Kemahiran

Mustahil pergi berperang hanya dengan tawakkal yang kosong. Itu bohong. Mendustakan Sunnatullah yang diwajibkan Allah ke atas alam ini.

Kata bijak pandai:



“Kucar-kacir dalam kebenaran, mustahil ada upaya mengalahkan kebatilan yang sistematik”


Niat yang baik adalah tuntutan Syariatullah, perancangan yang direalisasikan oleh kemahiran secara sistematik pula adalah Sunnatullah yang melengkapkannya. Justeru, keinginan untuk mewarisi perjuangan para Anbiya’, harus menyeluruh mencakupi seluruh kelebihan para Anbiya’. Siddiq pada hati, akal fikiran, perkataan dan perbuatan. Amanah menjadi integriti diri yang mengikat segalanya agar sentiasa berhubung dengan Dia. Tabligh dalam erti kata hidup untuk menyampaikan, memberi dan berkongsi kebaikan seluas alam. Fathanah, kebijaksanaan dan nilai kompetensi yang luas untuk digarap oleh insan yang optimum dalam perjuangan mereka.

Cerdik tapi tak baik, jadi penipu.

Baik tapi tak cerdik, jadi mangsa penipu.

Pendakwah mesti cerdik. Kemahiran mesti tinggi. Di atas kesedaran itu, saya letakkan azam yang tinggi, bahawa agenda di bumi Anbiya’ nanti bukan hanya pada melangsaikan silibus di bilik kuliah. Kemahiran bahasa, kemahiran ICT, kemahiran berfikir, kemahiran berkomunikasi, dan segala ilmu kendiri, mesti digarap tanpa berlengah-lengah dan bersantai diri. Pewaris Anbiya’ mesti outstanding!

Peperangan Harus Kenal Kawan dan Lawan

Peperangan itu licik.

Lawan disangka kawan.

Kawan dijadikan lawan.

Tipu daya di dalam sebuah pertempuran sering mengelirukan. Dalam tempoh masa yang terhad dan penuh kegentingan, seorang penuntut ilmu di jalan Allah harus peka sepeka mujahid fi sabilillah. Matanya harus cepat membaca suasana. Setiap manusia dan kehidupan yang melintas di depan mata harus cepat dikenal pasti, apakah itu kawan yang menawarkan kebaikan, atau lawan yang menjanjikan kebinasaan.

Penuntut ilmu di jalan Allah mesti berhati-hati.

Melihat segalanya dengan mata hati.

Peperangan Menjanjikan Ghanimah

“Anak cikgu sambung belajor di manaaa?” tanya jiran saya.

Emak yang sedang menyapu daun kering di bawah pohon rambutan menoleh.

“Dia sambung belajo ke Jordan. Bidang agama,” kata emak. Senyum seribu makna dilemparkannya.

“Oh ye ke.. elok bebenor le tu, cikgu. Orang belajor agama ni, Allah Taala sumpah depa takkan mati lapor!” balas makcik tersebut. Bahasa orang kampung, tapi maknanya mendalam sekali.

Saya tersenyum sendirian, tatkala mendengar Ustaz Harun menghuraikan ayat ini. Teringat kembali kepada dialog antara emak dengan jiran petang itu. Saya yang melangut di tangga rumah teruja mendengar sumpah Allah yang disebut makcik tersebut. Janjinya begitu, namun jalannya harus disuluh secara realistik. Segalanya tidak mudah, namun mati kelaparan tidak sekali-kali.

Kemurahan Allah SWT mengurniakan bekalan hidup buat manusia yang mewakafkan dirinya di medan perjuangan ini. Dunia tidak menghukum lapar dan mati ke atas penuntut ilmu di jalan Allah. Rezekinya ada, di mana-mana. Tetapi rezeki itu halus garis pemisah di antara buruk dan baiknya. Rezeki yang datang melapangkan jalan untuk terus berjuang. Tetapi ada juga rezeki yang membutakan jiwa penuntut ilmu di jalan Allah, hingga tenggelam dalam KEPERLUAN mengatasi TUJUAN.

Apa yang diperjuangkan bukan lagi sebuah TUJUAN, sebaliknya tenggelam dalam mengejar KEPERLUAN (yang tidak pernah cukup dan memuaskan).

Saya akur dengan nasihat Ustaz Harun. Jiwa gementar memikirkan liku-liku perjalanan ini.

AGENDA BESAR

Sesungguhnya besar sekali makna yang terungkap di sebalik kalimah NAFARA yang difirmankan Allah SWT di dalam ayat ini. Menuntut ilmu di jalan Allah SWT benar-benar sebuah peperangan. Pengorbanan yang diperlukan besar, kerana harganya mahal. Harganya mahal kerana nilainya tinggi. Nilainya tinggi kerana ia AGENDA melahirkan ilmuwan pewaris Nabi.



“… dan supaya mereka dapat memberikan inzar peringatan buat kaum mereka…”


Tugas yang dipikulkan ke atas penuntut ilmu di jalan Allah bukan sekadar memberi Taalim, memberi tahu.

Allah SWT memberitahu bahawa tugas penuntut ilmu di jalan Allah sama seperti tugas seorang Rasul iaitu menyampaikan sebuah INZAR (al-Muddatsir 74: 2). Inzar bukan sekadar memberitahu. Ia lebih dari itu. Inzar memberi pelajaran tentang kebaikan, juga memberi amaran terhadap keburukan. Inzar mengajak kepada yang maaruf, disertakan juga seruan mencegah dan meninggalkan mungkar. Inzar adalah sebuah mesej yang hidup, agar ummah sentiasa berjaga-jaga.

BERMULANYA LANGKAH

Pertemuan itu sungguh bermakna.

Saya bagai dikurniakan ijazah oleh seorang sifu, untuk mengatur langkah menuju ke medan tempur yang penuh kebarangkalian.





Segalanya terungkap dalam sebuah firman. Surah al-Taubah ayat 122 mahkota kurniaan.

Dengan lafaz seeru ‘ala barakatillah, saya memeluk tanpa perpisahan bonda, keluarga dan taulan. Bersama air mata harapan dan azimat at-Taubah 122, saya terbang membelah awan biru, ke bumi Anbiya’ yang sedang menunggu.



“…Di celah pohon zaitun yang rendang
Bersemadi syuhada’ pahlawan Islam
Menanti dan terus menanti hadirnya
Barisan waris perjuangan…”






sumber : saifulislam.com

17.6.10

Pesan bumi kepada manusia


Assalamualaikum sahabat seperjuangan sekalian..
Apa khabar iman kita? Sama-sama bertanya pada diri kita. Semoga hari ini lebih baiknya dari semalam, sesungguhnya sebagai manusia yang kerdil lagi hina sentiasa melakukan kesalahan, dosa dalam sedar mahupun tidak..Disebabkan itulah dalam risalah cintaNYA sentiasa menyeru hamba-hambaNYA yang beriman agar sentiasa bertaubat. Orang yang beriman tidak melengah-lengahkan taubatnya justeru mereka segera bertaubat dan berusaha untuk tidak mengulanginya lagi.

"... Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang taubat dan menyukai orang-orang yang menyucikan diri." (QS. Al-Baqarah:222)

Ayat di atas, dan beberapa ayat lain yang bernada serupa, menekankan betapa pentingnya bertaubat bagi setiap manusia tanpa terkecuali, karena pada dasarnya manusia tidak pernah luput dari melakukan kesalahan dan dosa seperti yang disebutkan dalam hadits, "Seluruh kalian adalah pembuat salah dan dosa, dan orang yang berdosa yang paling baik adalah mereka yang sering bertaubat" (HR Ahmad).

"Hai orang-orang yang beriman, bertaubatlah kepada Allah dengan taubat yang semurni-murninya, mudah-mudahan Tuhan kamu akan menghapus kesalahan-kesalahanmu dan memasukkan kamu ke dalam surga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai, pada hari ketika Allah tidak menghinakan Nabi dan orang-orang yang beriman bersama dengan dia; sedang cahaya mereka memancar di hadapan dan di sebelah kanan mereka, sambil mereka mengatakan: 'Ya Tuhan kami, sempurnakanlah bagi kami cahaya kami dan ampunilah kami; sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas segala sesuatu'" (QS. At Tahrim: 8).

"Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung" (QS. An-Nur: 31)



Moga kita dapat sama-sama menghayati hidup ini dengan hati yang tenang, noda yang sentiasa dijauhi agar segala perkara yang baik dan nur dapat menjadi pendamping hati. Di sini, jom kita mengambil sedikit masa untuk merenung pesanan bumi kepada manusia.

Berkata Anas Bin Malik r. a; Sesungguhnya setiap hari bumi menyeru kepada manusia dengan sepuluh perkara.

1. Wahai anak Adam! Berjalanlah di atas perutku, tetapi ingatlah! Engkau akan dimasukkan ke dalamnya kelak.

2. Engkau melakukan maksiat di atas belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan diazab di dalam perutku.

3. Engkau ketawa di atas perutku, tetapi ingatlah! Engkau akan menangis di dalam perutku.

4. Engkau bergembira di atas belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan kecewa di dalam perutku.

5. Engkau mengumpul harta di atas belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan menyesal di dalam perutku.

6. Engkau makan benda yang haram di atas belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan dimakan oleh ulat di dalam perutku

7. Engkau angkuh di atas belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan dihina di dalam perutku.

8. Engkau berlari dengan riang di atas belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan jatuh di dalam perutku dalam keadaan dukacita.

9. Engkau hidup di dunia bersiramkan cahaya matahari, bulan dan bintang di belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan tinggal dalam kegelapan di dalam perutku.

10. Engkau hidup di atas belakangku beramai-ramai, tetapi ingatlah! Engkau akan keseorangan di dalam perutku.

16.6.10

Saudaraku sekalian..

Assalamualaikum warga UiTM, terutama warga UiTM Chendering dibawah naungan Sultan Terengganu yang dikasihi sekalian. Bersyukur tak ternilai kita kehadrat Ilahi dengan limpah Kasih dan RahmatNYA masih kita mengecapi nikmat hidup di muka bumi ini sebagai musafir sementara sampai ke destinasi kita iaitu akhirat yang amat digeruni sekalian.

Sesungguhnya di hati kita patut terselit rasa bersyukur dan gembira dengan keamanan yang kita rasai di negara ini. Namun alangkah malangnya nasib SAUDAR SEISLAM kita di sana, di mana? Tidak lain dan tidak bukan, hal ini sudah tersebar luas ke seluruh permukaan bumi ini dimana ia menyedarkan manusia erti kemanusiaan yang sebenarnya dengan apa yang telah dan sedang berlaku di GAZA. Sedarkah wahai sahabat seperjuanganku sekalian, selama masih kita bergelar Islam, selagi itulah kita bersaudara sesama penganut agama Islam?

"Sesungguhnya orang muslim itu bersaudara kerana ini damailah antara keduanya saudara kamu dan bertaqwalah kepada Allah semoga kamu mendapat rahmat-NYA"
~al-hujurat ayat 10~


Adakah patut kita berdiam diri? Berpeluk tubuh dan hanya melihat titisan darah saudara kita mengalir tanpa ada scebis rasa simpati dan kasihan? Atau perlukan kita meratapi kesedihan dan sengsara yang mereka rasai? Apakah sumbangan atau tindakan yang perlu kita lakukan untuk menolong mereka menghadapi kesusahan? Sedangkan kalian semua mengerti bahawa doa itu merupakan senjata bagi orang-orang Islam.

"‘Doa adalah senjata seorang mukmin dan tiang (pilar) agama serta cahaya langit dan bumi.” (HR. Abu Ya'la)"


Suka untuk kami berkongsi article dari laman web Ustaz Hasrizal yang bertajuk "Palestin Memanggil Kamu Pulang Kepada Islam" . Ayuh sama-sama kita hayati penulisan beliau, moga ia dapat memberi kesan di hati.

Akhir pena, kami memohon maaf atas segala kekurangan biro publisiti dari Kelab Minda Islam. Blog kelabmindaislam.blogspot.com sudah tidak digunakan lagi dan ini merupakan blog tetap Kelab Minda Islam UiTM Chendering buat masa sekarang. InshaAllah segala kekurangan akan kami perbaiki dari semasa ke semasa berbekalkan dengan pengalaman yang secebis ini. Segala cadangan dan kritikan samada positif atau negatif bolehlah di-email-kan kepada kmi-uitm@yahoo.com . Moga kita semua dapat membantu menyebarkan tarbiah islamiyah kepada semua. Wassalam..jazkh'ALLAh..

Carta organisasi

JAWATANKUASA KELAB MINDA ISLAM

UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA

KAMPUS KUALA TERENGGANU

SESI 2011


PENASIHAT

USTAZ AHMAD FAKRULAZIZI BIN ABU BAKAR

USTAZ WAN HELNY SYAHRIMAN BIN WAN AHMAD

PUAN RUBIAH BINTI ABU BAKAR

PUAN NORJANA BINTI SALIM


MAJLIS TERTINGGI

YANG DI PERTUA

ABD MUHAIMI BIN AZMAN

TIMBALAN YANG DIPERTUA I

MOHD AMIR BIN SAUTI

TIMBALAN YANG DI PERTUA II

MAHIRA SHAHIDA BINTI HARUN

SETIAUSAHA I

SITI SURIA BINTI CHE HALIM

SETIAUSAHA II

NOR FATIHAH BINTI MOHD NOOR

BENDAHARI I

AHMAD QASHFI BIN MD ZAKI

BENDAHARI II

NURUL HUSNI BINTI GHAFAR



BARISAN EXCO-EXCO

BIRO DAKWAH DAN KEPIMPINAN

WAN MOHAMAD FIRDAUS BIN WAN MAMAT

NUR HAFIZAH BINTI SOFIAN


BIRO AKTIVITI DAN PERHUBUNGAN LUAR

AHMAD SYAKIRIN BIN SULONG

NUR FATIHAH BT YAKUB

BIRO PUBLISITI & PENERBITAN

MUHAMMAD NAIM BIN GHAZALI

NOOR AMALINA BINTI AZIZI


BIRO KESENIAN DAN KEBUDAYAAN

MOHD JAMILULBASYARI BIN ABD AZIZ

NURUL AISHIAH BT ISMAIL


BIRO TUGAS-TUGAS KHAS DAN SUKAN

MUHAMAD AZIEZUL HAQIEM BIN ZAKARIA

WAN NOR HAZWANI BT WAN YUSUF


BIRO EKONOMI DAN KEUSAHAWANAN

MUHAMAD HAZIQ BIN RAMLI

MARNYEEZURA BT MUSTAPHA


BIRO AKADEMIK

RAZI IRFAN BIN MD RASHID

MARSITAH BT RAZIHAN

3.3.10

kEm SoLaT&pEnGuRuSaN jEnAzAh



Assalamualaikum,


Alhamdulillah, syukur dipanjat kehadrat Ilahi kerana dengan berkat kurniaNYA aktiviti anjuran Kelab Minda Islam UiTM Kuala Terengganu dapat berlangsung dengan jayanya. Pada 27hb Februari 2010,kMi(kelab minda islam)uitm Kuala Terengganu telah mengadakan satu kem untuk para peserta yang bertempat di:

Para peserta diminta berkumpul pada pukul7.30 pagi dan bas bertolak pada pukul8.00pagi.



Ketibaan kami disambut oleh penduduk setempat dan ahli jawatankuasa masjid.Sementara menunggu ketibaan penceramah jemputan,para peserta diberi serba sedikit penerangan tentang aktiviti dan kedatangan mula diedarkan bagi menyemak para peserta yang hadir.








Penerangan oleh tuan pengerusi majlis iaitu Mohd Syazwan merangkap Timbalan Yang Dipertua KMI(Kelab Minda Islam)





Ketibaan penceramah jemputan iaitu Ustaz Samsuri Talib bagi meneruskan program tersebut pada slot yang pertama iaitu slot tentang pegurusan jenazah serta cara bersolat.Bermulanya penerangan secara teori dan seterusnya program yang berbentuk praktikal iaitu kafan dan solat jenazah.








Sesi praktikal=)









Slot kedua pula merupakan slot tentang cara bersolat dengan sempurna yang kendalikan oleh Ustaz FakrulAzizi.


Program tamat pada pukul4.30 petang

3.2.10

HUKUM MENYAMBUT VALENTINE’S DAY…..


HUKUM MENYAMBUT VALENTINE’S DAY…..

Sebagaimana indahnya, perasaan dicintai dan ingin mencintai sesama manusia begitu indah lagi jika Islam menjadi cara hidup kita. Islam tidak pernah bercanggah dengan lumrah manusia ingin bercinta, Islam hanya menunjukkan cara dan haluan yang betul untuk melakukannya.
14 Februari sememangnya ditunggu-tunggu oleh remaja yang sedang mabuk bercinta. Pada Tanggal ini si jejaka akan sibuk mencari hadiah untuk si gadis, dan si gadis pula sibuk berhias untuk si jejaka. Sungguh indah dan bahagianya hari itu, bagaikan dunia dan segala isinya milik mereka. Tapi adakah disedari, dari mana asal-usul sambutan Valentine ini???

Ada dua pendapat yang kuat berkaitan asal-usul Valentine. Pertama, pada pemerintahan ROM, 14 Februari ditetapkan sebagai hari cuti bagi orang JUNO ratu kepada dewa-dewa Rom. Pada 15 Feb, diadakan Pesta Lupercalia. Di dalam pesta ini, nama gadis-gadis Rom akan ditulis dan dimasukkan kedalam bekas. Kemudian, para pemuda akan mencabut nama didalam bekas itu, nama yang terpilih akan menjadi pasanngannya sepanjang pesta itu.
Pendapat kedua iaitu pendapat yang paling masyhur,Valentine bermula apabila diisytiharkan oleh Ratu Isabella. Sebagai tanda berterima kasih kepada St.Valentine yang berjaya menakluk dan menghapuskan pengaruh Islam di Cordova, Ratu Isabella membenarkan St.Valentine untuk membuat permintaan. St. Valentine, seorang Paderi Katolik, membuat permintaan untuk berkahwin dengan seorang Protestan. Kerana murka, St. Valentine di penjarakan untuk sementara waktu. Ratu Isabella sendiri menetapkan 14 Februari sebagai hari memperingati kekasih untuk St.Valentine..

Islam sangat prihatin dan menghendaki supaya umatnya mempunyai identiti yang tersendiri dan berbeza dengan identiti umat yang lain. Kerana itu penghayatan akidah Islam, pelaksanaan ibadah, muamalah dan akhlak serta tradisi-tradisi yang ada pada umat Islam tidak boleh sama dan serupa dengan umat lain. Ini berdasarkan firman Allah S.W.T. bermaksud :

“Katakanlah (wahai Muhammad): Hai orang2 kafir. Aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah dan kamu tidak mahu menyembah (Allah) apa yang aku sembah. Dan aku tidak akan beribadat secara kamu beribadat dan kamu pula tidak mahu beribadat secara aku beribadat. Bagi kamu agama kamu, dan bagi aku agamaku.”
(Al-Kafirun ayat 1-6)

Bagi tiap-tiap umat, Kami adakan satu syariat yang tertentu untuk mereka ikuti dan jalankan, maka janganlah ahli-ahli syariat yang lain membantahmu dalam urusan syariatmu dan serulah (wahai Muhammad) umat manusia kepada agama Tuhanmu, kerana sesungguhnya engkau adalah berada di atas jalan yang lurus.
(Al-Hajj ayat 67)

Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia kali ke-71 yang bersidang pada 22 hingga 24 November 2005 memutuskan:
“Bahawa amalan merayakan Valentine’s Day tidak pernah dianjurkan oleh Islam. Roh perayaan tersebut mempunyai unsur-unsur Kristian dan amalannya yang bercampur dengan perbuatan maksiat adalah bercanggah dan dilarang oleh Islam. Oleh itu amalan meraikan Hari Kekasih tidak digalakkan oleh agama Islam”

Hukum menyambut Valentine’s Day adalah DILARANG dan DITEGAH oleh Islam. Ini adalah kerana perayaan tersebut mengandungi unsur-unsur ritual dan kepercayaan agama Kristian.