28.6.12

Hukum Menyebut O.M.G





Ramai yang menggunakan perkataan O.M.G.
Adakah anda tau disebalik maknanya itu..



Sila lihat gambar di atas neh. Ianya berkenaan hukum menyebut OH MY GOD ataupun ringkasnya ialah OH MY GOD.

Ustazah Mashitah menjelaskan bahawa ;

Sebagai orang islam kita wajar basahkan lidah dengan menyebut kalimah Allah swt, berbanding god. Ini kerana god hanya diertikan sebagai tuhan. Dan perkataan god juga boleh dijamakkan sebagai gods ataupun goddness. Sebab itu sebagai orang islam, kita lebih baik menyebut Allah swt berbanding god.

Satu ulasan ringkas daripada Ustazah Mashitah. Dia tidak meletakkan hukum halal, haram, sunat, harus, sunat ke, wajib ke apa ke. Cuma menerangkan kewajaran umat islam menyebut Allah swt berbanding god.


27.6.12

Seorang Anak Dalam Bingkai Akhlak Islami


assalamualaikum..
syurga seorang isteri ditapak kaki suami, tapi syurga bagi seorang anak ditelapak kaki ibu. kasihi ibu sebagaimana ibu menyayangi kita...
penulisan dibawah ini saya petik daripada Jalan Menuju Syurga. selamat membaca :)

Kehadiran seorang anak merupakan kurnia yang sangat dirindukan setiap orang, apalagi seorang muslim dan itu merupakan perkara yang manusiawi. Allah berfirman yang ertinya:

“Dijadikan terasa indah dalam pandangan manusia, cinta terhadap apa yang diinginkan, berupa perempuan-perempuan dan  anak-anak.…” (QS. Ali Imran: 14)

Walaupun demikian, dalam pandangan Islam seorang anak bukan hanya sebatas nikmat, tapi juga sebuah amanat. Akan menjadi anugerah ketika kita bisa membina serta mendidiknya menjadi seorang anak yang berakhlak karimah, berjiwa mulia, dan memiliki pendirian agama yang hanif. Atau sebaliknya, menjadi sebuah musibah tatkala kita gagal mencetak dan mengarahkannya ke jalan yang benar. Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:

“Setiap bayi terlahir di atas fitrah (Islam), maka kedua orang tuanyalah yang akan menjadikannya seorang Yahudi, Nashrani, atau Majusi.” [HR. Bukhari dan Muslim]


Dan agama Islam lebih cenderung untuk membentuk akhlak seorang anak terlebih dahulu daripada membekalkan mereka dengan ilmu yang lain. Hal tersebut lebih selaras dan sejalan dengan perkembangan cara berfikir (rasionalistik) dan kejiwaan (psikis) seorang anak. Walaupun hal ini bukan perkara yang mutlak.

Bagaimana cara menasihati anak?

  1. Hendaknya orang tua berlemah lembut dan penuh kasih sayang dalam menasihati anak.
  2. Menasihati anak dengan berbicara empat mata tanpa mengumumkanya secara terang-terangan di hadapan teman-temannya.
Apa saja yang harus dinasihatkan kepada anak?
  1. Mengajar anak agar menjaga kesihatan jasmani, berpenampilan rapi, dan membersihkan diri daripada najis.
  2. Membuang sampah didalam tong sampah.
  3. Memperingatkan agar tidak memotong pembicaraan orang lain atau meninggikan suaranya, serta membiasakan mengucap salam kepada orang lain.
  4. Memerintahkan agar menutup wajah ketika bersin dan menutup mulut ketika menguap.
  5. Mengajar mereka untuk menghormati semua orang muslim, terutamanya kepada jiran tetangga, memuliakan tamu dan melayani mereka dengan baik.
  6. Mengharuskan mereka untuk meminta izin tatkala hendak keluar atau ketika ada hajat yang lain.
  7. Mengajarinya adab dan sopan santun serta tatacara dalam acara makan bersama, baik dalam golongan keluarga mahupun masyarakat umum.
  8. Memperingatkan mereka agar menghindari hal-hal yang kurang bermanfaat bagi mereka, seperti: menonton TV, main game, mendengarkan muzik, mahupun hal – hal yang boleh menjadi hal tersebut membahayakan perkembangan psikologi mereka.
  9. Kemudian mengajari tatacara ibadah solat serta memerintahkanya  ketika anak yang sudah menginjak usia tujuh tahun. Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda: “Perintahlah anak – anak kalian untuk solat ketika mencapai umur tujuh tahun. Dan pukullah mereka (jika mereka enggan solat) pada umur sepuluh tahun dan pisahkanlah ranjang mereka.” [HR. Abu Dawud]
Demikianlah beberapa hal yang perlu kita perhatikan dalam membina akhlak seseorang anak. Semoga Allah memberkati apa yang telah kami sampaikan. Wallahu a’lam bish showab.

26.6.12

Rasulullah s.a.w Idola Terunggul




assalamualaikum.... kali ini ana ingin berkongsi tentang idola terunggul kita iaatu Nabi Muhammad s.a.w. terlebih dahulu, sama-samalah kita berselawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.



petikan dibawah ini saya dapatkan daripada:  iluvislam 
selamat membaca. :)


Nabi Muhammad SAW merupakan contoh teladan dan idola terunggul dalam meniti arus kehidupan yang penuh pancaroba. Sama ada sebagai pemimpin negara ataupun pemimpin di dalam rumahtangga, baginda merupakan contoh teladan yang terbaik kerana memiliki sifat-sifat yang terpuji sehinggakan baginda telah diberi gelaran Al-Amin oleh masyarakat Arab Quraisy kerana kejujuran baginda dalam setiap perbuatan dan perkataannya.
Peribadi mulia yang dimiliki baginda Nabi Muhammad SAW bukan sahaja dikagumi umat Islam sendiri malah turut dikagumi golongan bukan Islam. Baginda sentiasa mempamerkan sikap sopan-santun, lemah-lembut dan memberikan layanan yang baik kepada semua orang tidak kira sama ada orang itu Islam atau bukan Islam. Oleh kerana keperibadian mulia baginda Rasulullah SAW, ramai golongan bukan Islam pada zaman baginda telah memeluk agama Islam kerana terpegun dan jatuh hati dengan akhlak yang dimiliki baginda.
Antara kisah yang masyhur ialah kisah baginda dengan seorang perempuan tua berbangsa Yahudi. Perempuan tua itu seringkali meletakkan najis dan duri di hadapan rumah baginda. Namun, baginda Rasulullah SAW sentiasa bersabar. Sehinggalah pada suatu hari baginda mendapati tiada kotoran di hadapan pintu rumah baginda. Maka, ketahuilah baginda SAW bahawa perempuan itu telah jatuh sakit lalu baginda telah pergi menziarahinya. Sikap baginda yang sentiasa sabar dan berbuat baik sesama manusia telah mendorong perempuan yang sering menyakiti baginda itu memeluk Islam kerana terkesan dengan akhlak mulia yang dimiliki baginda. Cukup tinggi budi pekerti baginda Rasulullah SAW.
Berdasarkan kisah tersebut, Rasulullah SAW menyuruh kita untuk saling hormat-menghormati dan berbuat baik kepada setiap manusia, tidak kira Islam atau bukan Islam. Bahkan, baginda Rasulullah SAW tidak pernah menyuruh kita bermusuhan hanya kerana seseorang itu tidak seagama dengan kita. Betapa indahnya akhlak baginda yang sentiasa berbuat baik kepada setiap manusia tanpa mengira bangsa atau agama. Malah, keindahan akhlak Rasulullah SAW turut disebut di dalam Al-Quran;
"Dan bahawa sesungguhnya engkau (wahai Muhammad) mempunyai akhlak yang amat mulia."
(Surah Al-Qalam, ayat 4)
Ketinggian akhlak dan keunggulan Rasulullah SAW terus dikagumi umat Islam walaupun baginda telah lama wafat. Bahkan, Allah SWT menyuruh kita mencontohi dan meneladani akhlak baginda SAW kerana kesempurnaan akhlak yang dimiliki baginda. Firman Allah SWT;
"Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredhaan) Allah dan (balasan baik) Hari Akhirat, serta ia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang)."
(Surah Al-Ahzaab, ayat 21)
Meneliti khutbah terakhir sebelum berakhirnya usia baginda menyedarkan kita betapa kasihnya baginda terhadap kita semua sehingga menitis air mata Abu Bakar kerana beliau mengetahui bahawa Rasulullah SAW bakal meninggalkan umatnya. Pengisian khutbah terakhir baginda banyak mengandungi nasihat untuk sekalian manusia menandakan bimbangnya baginda terhadap umat Islam yang bakal ditinggalkan. Tiada apa yang lebih dikhuatiri baginda selain akidah umatnya sehinggakan pada akhir hayat baginda, tidak lekang di bibir baginda menyebut umatku, umatku, umatku.
Betapa kasih dan cintanya baginda Nabi Muhammad kepada kita. Tanyalah diri kita apa yang telah kita lakukan untuk membuktikan kecintaan kita kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW? Ayuhlah kita menjadi umat kesayangan baginda dengan mencontohi keperibadian baginda yang begitu indah dan mengenang kembali segala jasa dan pengorbanan yang telah dilakukan oleh baginda kerana tanpa rindu dan cinta baginda SAW kepada kita semua, tidak mungkin kita dapat mengecapi nikmat terbesar yang Allah SWT sediakan kepada kita iaitu Iman dan Islam.
Dalam meniti kehidupan di dunia, kita hendaklah mencontohi keunggulan akhlak junjungan besar kita, Rasulullah SAW yang berpandukan syariat Islam. Ketika Siti Aisyah ditanya oleh para sahabat tentang akhlak Rasulullah SAW, beliau menjawab dengan singkat: "Akhlak Rasulullah SAW adalah Al-Qur'an." Hal ini kerana akhlak baginda adalah pancaran daripada nilai-nilai Al-Quran. Oleh itu, kita diseru untuk menghayati kehidupannya, pengajarannya dan menerapkannya dalam kehidupan seharian kita kerana Rasulullah merupakan contoh teladan yang terbaik sepanjang zaman.
Sesungguhnya orang yang mencintai Rasulullah dan selalu berselawat kepadanya akan menjadi orang yang paling dicintai baginda dan menduduki tempat yang hampir dengannya pada hari akhirat nanti. Nabi Muhammad SAW bersabda: "Sesungguhnya orang yang lebih hampir kepadaku dari kalangan kamu pada hari kiamat pada setiap tempat yang aku berada padanya ialah orang yang lebih banyak selawatnya kepadaku di dunia." (Hadis riwayat Anas RA)

25.6.12

MAKRIFAT, FANA, MAHABBAH


22.6.12

SYAABAN

Assalamualaikum w.b.t
Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah kerana dengan izin-NYA dapat kita bersua lagi di laman ini. Moga dengan izin-NYA ini memberi kita peluang untuk terus mengumpul amal soleh selagi nyawa dikandung badan. Jangan lupa untuk bersyukur dengan peluang yang telah diberikan ALLAH s.w.t kepada kita semua.

Maksudnya : "Bersyukur kepada Allah yang telah mengurniakanku kenikmatan dan mengekalkan dalam diriku kekuatan dan menjauhkan segala penyakit daripada aku."(Riwayat Ibnu sunni dan al-Tabarani)
Syukur, syukur dan syukur, setelah berlalunya rejab, kini syaaban pula menjelma. Masa berlalu dirasakan begitu pantas sekali. Setelah syaaban, bulan yang dinantikan oleh seluruh umat Muhammad s.a.w pula akan berkunjung tiba. Bercerita mengenai bulan syaaban, bulan Syaaban ini merupakan di antara bulan yang mulia dan mempunyai beberapa kelebihan dan keistimewaan tertentu padanya.
Kemuliaan puasa Syaaban dijelaskan dalam hadis Usamah Zaid:
“Aku bertanya kepada Rasulullah SAW: Ya Rasulullah, aku tidak melihat engkau berpuasa pada bulan lain seperti engkau berpuasa pada Syaaban. Rasulullah menjawab: Bulan itu (Syaaban) adalah bulan yang dilupakan manusia, iaitu bulan antara Rejab dan Ramadan. Bulan itu bulan diangkatnya amal manusia kepada Tuhan semesta alam. Aku suka amalku diangkat sementara aku sedang berpuasa.” (Hadis riwayat Abu Dawud dan an-Nasaie)
Masyarakat Arab ada menggambarkan kemuliaan bulan Syaaban ini dengan beberapa huruf dan ertinya yang tersendiri antaranya:

1. Kemuliaan darjat Rasulullah S.A.W. di atas kurniaan bulan Syaaban kepadanya sehingga dinamakan bulan ini adalah bulan Nabi S.A.W.
2. Keperkasaan dan ketinggian.
3. Kebaikkan dan kebajikan yang dilakukan pada bulan ini akan mendapat ganjaran pahala yang besar daripada Allah Taala.
4. Kasih-sayang dan kemesraan.
5. Cahaya keimanan dan cahaya ibadat yang dikurniakan oleh Allah Taala kepada hambaNya yang bertakwa.
Antara Peristiwa Pada Bulan Syaaban

1. Berkata Imam Nawawi: Hari Nisfu Syaaban pada 15 haribulan tahun kedua Hijrah telah berlaku pertukaran kiblat umat Islam. Iaitu dari Masjid al-Aqsa ke Kaabah di Masjid al-Haram.
2. Berlaku peperangan Bani Mustalik pada tahun kelima Hijrah. Kemenangan berpihak kepada Islam.
3. Berlaku peperangan Badar yang terakhir pada tahun keempat Hijrah.
Antara amalan yang dapat dilakukan pada bulan syaaban ini ialah :
1)       Memperbanyak puasa sunat
Saidatina Aisyah berkata:
“Aku tidak pernah melihat Rasulullah S.A.W. menyempurnakan puasa sebulan penuh melainkan pada bulan Ramadhan dan aku tidak pernah melihat baginda memperbanyakkan berpuasa sepertimana pada bulan Syaaban. “(Riwayat Bukhari dan Muslim)

2)       Berzikir & Berdoa
Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud:
“Doa merupakan otak kepada ibadat.”(Riwayat at-Tarmizi).
Saidatina Aisyah berkata:

“Adalah Rasulullah S.A.W. mengingati Allah (berzikir kepada Allah) setiap masa.” (Riwayat Muslim).

3)       Sentiasa Bertaubat & Beristigfar

Firman Allah Taala bermaksud:
“Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah wahai orang-orang yang beriman supaya kamu berjaya. (Surah an-Nur: ayat 31).”

sekian sahaja perkongsian untuk hari ini. yang baik datang dari Allah s.w.t, dan yang buruk itu kelemahan diri saya sendiri.