22.6.12

SYAABAN

Assalamualaikum w.b.t
Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah kerana dengan izin-NYA dapat kita bersua lagi di laman ini. Moga dengan izin-NYA ini memberi kita peluang untuk terus mengumpul amal soleh selagi nyawa dikandung badan. Jangan lupa untuk bersyukur dengan peluang yang telah diberikan ALLAH s.w.t kepada kita semua.

Maksudnya : "Bersyukur kepada Allah yang telah mengurniakanku kenikmatan dan mengekalkan dalam diriku kekuatan dan menjauhkan segala penyakit daripada aku."(Riwayat Ibnu sunni dan al-Tabarani)
Syukur, syukur dan syukur, setelah berlalunya rejab, kini syaaban pula menjelma. Masa berlalu dirasakan begitu pantas sekali. Setelah syaaban, bulan yang dinantikan oleh seluruh umat Muhammad s.a.w pula akan berkunjung tiba. Bercerita mengenai bulan syaaban, bulan Syaaban ini merupakan di antara bulan yang mulia dan mempunyai beberapa kelebihan dan keistimewaan tertentu padanya.
Kemuliaan puasa Syaaban dijelaskan dalam hadis Usamah Zaid:
“Aku bertanya kepada Rasulullah SAW: Ya Rasulullah, aku tidak melihat engkau berpuasa pada bulan lain seperti engkau berpuasa pada Syaaban. Rasulullah menjawab: Bulan itu (Syaaban) adalah bulan yang dilupakan manusia, iaitu bulan antara Rejab dan Ramadan. Bulan itu bulan diangkatnya amal manusia kepada Tuhan semesta alam. Aku suka amalku diangkat sementara aku sedang berpuasa.” (Hadis riwayat Abu Dawud dan an-Nasaie)
Masyarakat Arab ada menggambarkan kemuliaan bulan Syaaban ini dengan beberapa huruf dan ertinya yang tersendiri antaranya:

1. Kemuliaan darjat Rasulullah S.A.W. di atas kurniaan bulan Syaaban kepadanya sehingga dinamakan bulan ini adalah bulan Nabi S.A.W.
2. Keperkasaan dan ketinggian.
3. Kebaikkan dan kebajikan yang dilakukan pada bulan ini akan mendapat ganjaran pahala yang besar daripada Allah Taala.
4. Kasih-sayang dan kemesraan.
5. Cahaya keimanan dan cahaya ibadat yang dikurniakan oleh Allah Taala kepada hambaNya yang bertakwa.
Antara Peristiwa Pada Bulan Syaaban

1. Berkata Imam Nawawi: Hari Nisfu Syaaban pada 15 haribulan tahun kedua Hijrah telah berlaku pertukaran kiblat umat Islam. Iaitu dari Masjid al-Aqsa ke Kaabah di Masjid al-Haram.
2. Berlaku peperangan Bani Mustalik pada tahun kelima Hijrah. Kemenangan berpihak kepada Islam.
3. Berlaku peperangan Badar yang terakhir pada tahun keempat Hijrah.
Antara amalan yang dapat dilakukan pada bulan syaaban ini ialah :
1)       Memperbanyak puasa sunat
Saidatina Aisyah berkata:
“Aku tidak pernah melihat Rasulullah S.A.W. menyempurnakan puasa sebulan penuh melainkan pada bulan Ramadhan dan aku tidak pernah melihat baginda memperbanyakkan berpuasa sepertimana pada bulan Syaaban. “(Riwayat Bukhari dan Muslim)

2)       Berzikir & Berdoa
Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud:
“Doa merupakan otak kepada ibadat.”(Riwayat at-Tarmizi).
Saidatina Aisyah berkata:

“Adalah Rasulullah S.A.W. mengingati Allah (berzikir kepada Allah) setiap masa.” (Riwayat Muslim).

3)       Sentiasa Bertaubat & Beristigfar

Firman Allah Taala bermaksud:
“Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah wahai orang-orang yang beriman supaya kamu berjaya. (Surah an-Nur: ayat 31).”

sekian sahaja perkongsian untuk hari ini. yang baik datang dari Allah s.w.t, dan yang buruk itu kelemahan diri saya sendiri.

No comments:

Post a Comment