Bismillahirrahmanirrahim…Assalamualaikum
wbt kepada semua pelawat blog ini semoga anda semua berada di dalam
keadaan sihat walafiat hendaknya.
Topik hari ini berkaitan dengan ayat seribu dinar. Ayat
seribu dinar adalah ayat suci al-Quran yang dipetik dari surah
Al-Talaaq ayat 2-3 :
Firman Allah SWT yang bermaksud :
{2}……dan
sesiapa yang bertakwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan
meninggalkan laranganNya), nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan
keluar (dari segala perkara yang menyusahkannya),
{3} Serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya dan (Ingatlah), sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukuplah baginya
(untuk menolong dan menyelamatkannya). Sesungguhnya Allah tetap
melakukan segala perkara yang dikehendakiNya. Allah telahpun menentukan
kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu.
Diceritakan bahawa seorang saudagar
telah membayar sebanyak seribu dinar untuk mendapat ayat ini yang
dikatakan fadhilatnya ialah mendapat menyelamatkan pembacanya dari
malapetaka.
Di dalam perjalanan pulang, kapal saudagar ini telah
dipukul ombak dan beliau terus membaca ayat tersebut. Dengan izin Allah
SWT, hanya beliau seorang saja yang terselamat dari bencana itu.
Di antara kelebihan dan fadhilat ayat seribu dinar ini ialah :
* Di baca apabila kita hendak bertawakkal terhadap sesuatu perkara.
* Menghilangkan keresahan bila di baca di waktu resah.
* Di baca ketika hendak menaiki kenderaan
* Jikalau dibaca ayat
ini kepada orang yang sedang sakit sebanyak 3 kali dan dihembuskan
kepada si pesakit itu dan di jampi pada air sebanyak 3 kali diberi
minum, insya’Allah si pesakit akan sembuh.
Mungkin banyak lagi
kelebihan2 ayat seribu dinar ini.
terime kasih untuk perkongsian ni :)alhamdulillah
ReplyDelete