Ya ALLAH bertapa untungnya jika anda dilahirkan sebagai seorang wanita. Begitu HEBAT anda berbanding dengan seorang LELAKI. so, yg LELAKI tu jgn nak suka2 pulak pergi tukar jantina yeaa.. Oupsss~ Ingat! Nabi tak mengaku umat if anda berbuat sedemikian..
Banyak pihak mengatakan bahawa sukar menjadi wanita Islam (muslim), hanya dengan melihat secara kasar perkara-perkara di bawah ini :
- Wanita auratnya lebih susah dijaga dibanding lelaki.
- Wanita perlu minta izin dari suami apabila mahu keluar rumah tetapi tidak sebaliknya.
- Wanita saksinya (jumlah apabila menjadi saksi) kurang berbanding lelaki.
- Wanita menerima harta warisan lebih sedikit dari pada lelaki.
- Wanita perlu menghadapi kesusahan mengandung dan melahirkan anak
- Wanita wajib taat kepada suaminya, sementara suami tak perlu taat pada istrinya dalam (hal-hal tertentu).
- Talak terletak di tangan suami dan bukan isteri.
- Wanita kurang "selesa" dalam beribadat kerana adanya masalah haid dan nifas.
- dan lain-lain isu yang sengaja dipersoalkan sama ada mereka yang bukan Islam ataupun mereka yang terperdaya dengan tohmahan "musuh" Islam.
Tetapi, pernahkah kita menyelami hakikat yang sebenarnya iaitu kelebihan menjadi seorang wanita yang beragama Islam?. Baca penerangan di bawah ini:
1. Benda yang mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan ditempat yang selamat dan terbaik. Sudah pasti itulah intan permata bandingannya dengan seorang wanita.
2. Wanita perlu taat kepada suami, tetapi tahukah lelaki wajib taat kepada ibunya tiga kali lebih utama daripada kepada bapanya ?
3. Wanita menerima harta warisan lebih sedikit daripada lelaki, tetapi tahukah bahawa harta itu akan menjadi miliknya dan tidak perlu diserahkan kepada suami? Sementara suami apabila menerima harta warisan ia wajib juga menggunakan hartanya untuk isteri dan anak-anaknya ?
4. Wanita perlu bersusah payah mengandung dan melahirkan anak, tetapi tahukah bahwa setiap saat dia didoakan oleh segala mahluk, malaikat dan seluruh mahluk Allah dimuka bumi ini, dan tahukah jika ia meninggal karena melahirkan adalah syahid dan syurga menantinya.
5. Di akhirat kelak, seorang lelaki akan dipertanggungjawabkan terhadap empat wanita, iaitu : Isteri, Ibu, Anak perempuan dan saudara perempuan. Ertinya , bagi seorang wanita tanggungjawab terhadapnya ditanggung oleh empat orang lelaki, iaitu : suaminya, ayahnya, anak lelakinya dan saudara lelakinya.
6. Seorang Wanita boleh memasuki pintu syurga melalui pintu mana saja yang disukainya cukup dengan empat syarat saja, iaitu : solat lima waktu, puasa di bulan Ramadhan, taat kepada suaminya dan menjaga kehormatannya.
7. Seorang lelaki wajib berjihad di jalan Allah, sementara bagi wanita jika taat kepada suami serta menunaikan tanggungjawabnya kepada Allah SWT, maka ia akan turut menerima pahala setara seperti pahala orang pergi berjihad di jalan Allah SWT tanpa perlu mengangkat senjata.
Masya' Allah…demikian sayangnya Allah SWT kepada wanita. Yakinlah bahwa di dalam Islam, nasib wanita sebenarnya lebih terbela @ terjaga jika dibandingkan dengan "yang lain". Usahlah percaya dan mengikuti "dakwah" pihak-pihak tertentu yang ingin memburuk-burukan Islam. Marilah kenali Islam dengan niat yang ikhlas iaitu ingin mencari kebenaran dalam beragama.
No comments:
Post a Comment